Salam sejahtera, Adakah "perkakasan" boleh digunakan sebagai terjemahan "appliances"? Dalam pangkalan data DBP, antara satu terjemahan "appliance" adalah "perkakas". Idea ini adalah untuk merapikan terjemahan. Mohon pendapat pihak tuan/puan. Terima kasih. | "perkakasan" boleh digunakan. perkakasan bermaksud bermacam-macam perkakas. | Ejaan | 22.02.2019 |
Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) | Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu. | Istilah | 22.05.2012 |
personalised services online navigation browser hardware | khidmat pelanggan dalam talian pelayaran perkakasan | Lain-lain | 04.07.2007 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Istilah "default setting" merujuk kepada kawalan perkakasan atau perisian komputer (atau peranti, kelengkapan atau mesin) seperti yang dipraset oleh pengilangnya. Apakah terjemahan "default setting" yang paling sesuai - "seting lalai", "pengesetan lalai", "tetapan lalai" atau apa-apa terjemahan lain? | Cadangan kami ialah Tetapan Lalai. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2019 |
Penggunaa istilah tablet adalah termasuk dalam kumpulan peranti mudah alih ATAU aplikasi mudah alih ATAU perkakasan mudah alih....Antara ketiga kumpulan ini, yang mana kategori tablet komputer | Perkataan "peralatan mudah alih" atau "alikasi mudah alih" atau "peranti mudah alih" dalam bahasa Inggeris ialah "mobile application". Perkataan "tablet komputer" masih digunakan sebagai "tablet komputer". | Istilah | 27.10.2014 |
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Key Fob" dalam Bahasa Melayu? "Key Fob" adalah sejenis token sekuriti (peranti perkakasan kecil dengan bina dalam mekanisme pengesahan. Sumber: http://searchsecurity.techtarget.com/definition/key-fob Saya mendapati beberapa laman web menggunakan "Kunci Fob". Adakah terjemahan tersebut boleh diterima pakai? Terima kasih. | Padanan Kunci Fob bagi Key Fob boleh diterima kerana dalam bidang kesenian kata fob itu dikekalkan bentuknya seperti reben fob. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2015 |
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih. | 1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut: Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006 berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran. 2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian. | Istilah | 03.04.2012 |
MOHON PANDANGAN DARI PIHAK TUAN, PENGGUNAAN BAHASA BERIKUT YANG MANA SESUAI BAGI DILETAKAN DI PAPAN IKLAN KEDAI KOMPUTER. 1. PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER 2. PUSAT SERVIS KOMPUTER 3. PENYELENGARAAN KOMPUTER 4. PENJUAL BARANGAN DAN AKSESORI KOMPUTER 5. MENJUAL BARANGAN DAN PERALATAN KOMPUTER 6. MENJUAL PERKAKASAN KOMPUTER 7. PENJUAL KOMPUTER 8. MENJUAL KOMPUTER | Penggunaan bahasa Melayu yang betul bergantung pada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Sekiranya kedai tersebut menjual komputer dan tidak ada perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai ialah KEDAI KOMPUTER atau PENJUAL KOMPUTER. Sekiranya kedai tersebut hanya menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai digunakan ialah PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER atau PUSAT SERVIS KOMPUTER.
| Lain-lain | 13.10.2015 |
Menurut pembacaan saya, DBP telah menerbitkan sebanyak 122 Daftar Istilah dan 63 Kamus Istilah. Apakah perbezaan maksud antara Daftar Istilah dengan Kamus Istilah?. Terima Kasih atas maklum balas pihak tuan. | Daftar istilah mengandungi istilah dan padanan istilah sahaja. Kamus istilah mengandungi istilah, padanan istilah dan huraian tentang istilah tersebut. Contoh entri dalam daftar istilah: network - rangkaian multilink - multipautan Contoh entri dalam kamus istilah: rangkaian (Ig. network) Koleksi dua atau lebih komputer dan alat berkaitan yang disambungkan bersama ke alat komunikasi. Setelah disambungkan, setiap bahagian rangkaian dapat berkongsi perkakasan, perisian, dan maklumat. Jenis rangkaian yang paling lazim ialah LAN dan WAN. | Istilah | 08.06.2012 |
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi? | Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian. Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan. Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran. Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan. | Makna | 28.04.2011 |