pengekodan perkamusan | Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 17.10.2012 |
Sila nyatakan fungsi perkamusan. | Salah satu fungsi kamus ialah merakam segala jenis perkataan. Untuk tujuan penulisan, kamus boleh digunakan untuk sebarang rujukan. Untuk maklumat lanjut tentang soalan di atas, sdr boleh berhubung terus dengan Bahagian Perkamusan DBP. | Lain-lain | 04.04.2010 |
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa Melayu | Usaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan. Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan. | Lain-lain | 21.04.2008 |
saya Hasbi bt Hussin, ingin bertanya mengenai konsep-konsep berikut dari sudut perkamusan, bolehkah terangkan kepada saya? i) korpus dan korkordans ii) tilde dan lema iii) fonemik dan fonetik | Korpus bermaksud (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). Konkordans bermaksud (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. Tilde bermaksud lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri. Lema bermaksud (Lin) kata masukan dlm kamus, entri. Fonemik bermaksud (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem. Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.04.2009 |
Salam sejahtera, Berdasarkan jawapan tuan tentang soalan saya pada 12.11.2013, besarlah harapan saya agar keterangan maksud travelator " bergerak mendatar" dapat ditambah "turun atau naik" cuma bezanya tidak bertangga. Maka maksud travelator akan menjadi tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan pada masa hadapan. Mohon dipanjangkan kepada pihak perkamusan DBP. Terima kasih | Pandangan dan harapan tuan akan kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan dan Leksikografi, Dewan Bahasa dan Pustaka.
| Tatabahasa | 13.11.2013 |
Pada 11/12/12 yang lepas saya telah memohon untuk khidmat nasihat berkaitan penggunaan huruf. (Mohon pihak tuan semak soalan sebelum ini) Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang maklum balas dari bahagian Perkamusan seperti yang direspon balas oleh pihak tuan berhubung soalan saya sebelum ini. Mohon pihak tuan untuk memberi perhatian perkara ini kerana saya benar-benar memerlukan kerjsama dari pihak DBP berkenaan uiian penyelidikan kami. Terima kasih. | Soalan puan tentang [Jabatan Perubatan PPUKM ingin mengadaptasikan satu ujian neuropsikologi yg digunakan di negara Barat untuk kegunaan masyarakat Malaysia. Dalam ujian tersebut, pesakit akan diminta untuk menamakan sebanyak mungkin perkataan yang bermula dari huruf "F", "A", dan "S" dalam tempoh satu minit setiap satu huruf. Dan skor pesakit adalah berdasarkan jumlah perkataan yang berjaya dinamakan. Walaubagaimanapun, pihak kami berpendapat, agak sukar bagi pesakit di Malaysia untuk menamakan perkataan2 berbahasa Melayu yang bermula dari huruf "F" dan ini menyebabkan pesakit akan mendapat skor yang rendah yang tidak menggambarkan pencapaian beliau yang sebenar. Oleh itu kami ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan untuk menggantikan huruf-huruf yang sesuai bagi ujian tersebut terutama penggantian huruf "F". Untuk makluman tuan, menurut versi asal ujian tersebut huruf2 berkenaan dipilih berdasarkan kekerapan penggunaan dalam perkataan berbahasa inggeris" berkaitan] dirujuk. Untuk makluman puan tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun untuk makluman puan DBP telah membangunkan Pangkalan Data Korpus yang boleh diakses melalui laman web kami www.dbp.gov.my untuk kemudahan penyelidik membuat kajian leksikal dalam bahasa Melayu. Melalui perbincangan dengan Bahagian Perkamusan, mencadangkan pihak puan merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi Edisi Kedua untuk melihat sepintas lalu senarai kata dalam bahasa Melayu. Puan juga boleh merujuk kertas kerja Persidangan Antarabangsa Linguistik yang dianjurkan pada setiap tahun oleh UKM. | Lain-lain | 10.01.2013 |
BOLEHKAH DEWAN MENYEDIAKAN KAMUS MELAYU-INGGERIS. INI BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU APABILA KITA PERLU MEMBUAT TERJEMAHAN BAHASA MELAYU KE INGGERIS. TERIMA KASIH | Soalan yang demikian sewajarnya dirujuk kepada Bahagian Perkamusan, kerana bahagian tersebutlah merancang dan memutuskan kamus yang sepatutnya diterbitkan. Terima kasih. | Lain-lain | 20.11.2006 |
usaha-usaha dbp dalam perancangan korpus bahasa | Saudara boleh membuat pembacaan, rujukan dan kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, merujuk buku Laporan Tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka atau menghubungi Bahagian Peristilahan, Perkamusan atau Penyelidikan. | Lain-lain | 26.07.2008 |
Salam. Boleh saya tahu adakah Kamus Dewwan Edisi ke-5 akan diterbitkan dalam masa terdekat? Saya harap lebih banyak istilah baru dimasukkkan. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa akan menerbitkan Kamus Umum (ekabahasa) dan untuk maklumat lanjut dan sebarang pandangan sila kemukakan kepada Puan Dr. Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Perkamusan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, e-mel beliau fadilah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 05.04.2013 |
Salam sejahtera. Terima kasih di atas jawapan yang pihak DBP berikan tehadap pertanyaan saya pada minggu lepas. Untuk selanjutnya, izinkan saya mendapatkan jumlah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi nama yang terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang diterbitkan pada 2007. Selain itu, saya ingin juga mengetahui adakah sistem perkamusan Bahasa Melayu akan diperbaharui jika ada istilah baharu dalam penggunaan Bahasa Melayu. | Untuk makluman saudara, Kamus Dewan tidak memasukkan kelas kata bagi entrinya. Oleh itu, kami tidak dapat membantu saudara mendapatkan jumlah bagi setiap kelas kata tersebut. Kata baharu atau peluasan makna bagi kata yang sedia ada akan dimasukkan apabila penyusunan kamus edisi baharu dilaksanakan. | Penyelidikan | 18.01.2011 |