Salam sejahtera. Soalan: Allah (sendiri/Sendiri?), (perkasa/Perkasa?), (mulia/Mulia?) Terima kasih | Jawapannya ialah: i. Allah Yang Berdiri Sendiri (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Qayyum) ii. Allah Yang Maha Perkasa (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, iaitu al-Jabbar) iii. Allah Yang Maha Mulia (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Karim, iaitu Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi)
| Ejaan | 21.09.2013 |
"Pusat Gimnasium Perkasa" atau "Gimnasium Perkasa"? | Jawapan yang etul ialah 'Pusat Gimnasium Perkasa'. Jika gimnasium tersebut besar, dicadangkan menggunakan kompleks bagi menggantikan pusat. Pusat adalah lebih kecil daripada kompleks. Terima kasih | Lain-lain | 16.07.2007 |
maksud perkataan Perwira dan Satria | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; | Istilah | 18.06.2009 |
Mengapakah `perkasa` yang menerima apitan meN-kan mengekalkan `p` iaitu `memperkasakan` dan bukannya 'memerkasakan`? | perkasa apabila menerima apitan meN-kan tidak mengalami pengguguran hurup kerana termasuk dalam kekecualian dan kekal sebagai memperkasakan. Keterangan lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, mukas surat 146, Awalan Kata Kerja | Tatabahasa | 09.11.2007 |
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasih | Cadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit. | Lain-lain | 26.02.2008 |
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Tatabahasa | 17.10.2018 |
Kata pinjaman: Daripada bahasa apa perkataan berikut dipinjam ?: kota, warisan, daulat, syahdu, mahligai, perkasa, hayat. | Sila layar pada Laman sesawang (web) DBP untuk menggunakan SBMB dalam talian. Pusat Rujukan Persuratan Melayu merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, atau kata pinjaman, peribahasa, ensiklopedia, dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" . Contoh: Kata "Warisan" berasal daripada bahasa Arab iaitu "Waris" Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’, syahdu berasal daripada bahasa Arab, "Syahda" | Istilah | 26.02.2009 |
tiada bagi perkataan pemerataan sedangkan pemerkasaan ada | Pemerkasaan terbentuk daripada gabungan kata dasar "perkasa" + "apitan pe-...-an". Berdasarkan rumus tersebut, boleh dibentuk perkataan pemerataan, iaitu gabungan "merata" + "apitan pe-...-an". Walau bagaimanapun tidak ada bentuk penggunaan perkataan ini kerana makna pemerataan itu telah terungkap dalam kata terbitan yang sdia ada, iaitu perataan. | Tatabahasa | 10.11.2015 |
kenapakah perkataan 'memperkasakan' adalah salah dari segi tatabahasa? | Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasa, bukan apitan memper-...-kan dengan kata adjektif. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
1.'memperkasa' atau 'memperkasakan' mana satu betul? | Untuk makluman, perkataan yang betul ialah memperkasakan. Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasa | Ejaan | 10.04.2016 |