Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Perkataan Seerti dengan berita. 2) Apa maksud wacana ilmu.perkataan seerti berita ialah pengumuman, perkhabaran. pemakluman dan wacana ialah1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; ------- ilmuMakna03.12.2007
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga

Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a)faham - mengerti, tahu, sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;,

 

b) bertanya - soal: siasat, selidik, kaji,

 

c) bangga - megah

 

Lain-lain25.03.2010
Badannya menjadi lemah selepas makan makanan yang dibelinya dari kantin. Pilih perkataan seerti bagi perkataan LEMAH A.kuat B.cergas Mana jawapan yang betul dan mengapa?Perkataan kuat dan cergas bukan perkataan seerti dengan lemah tetapi merupakan perkataan berlawan. Harap sdr dapat jelaskan soalan sdr. sama ada perkataan seerti atau berlawan.Tatabahasa07.03.2007
Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukn Tetangga. Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan. A)membaiki B)memelihara C)melaksanakan D mengutamakan

saudara,

Perkataan seerti ialah memelihara.

Tatabahasa02.10.2009
Salam. Saya ingin bertanya ada perkataan seerti bagi putus haid? Boleh saya gunakan perkataan "menopos"?Perkataan menopaus ialah perkataan seerti dengan putus haid. Ejaan yang betul ialah menopaus, bukan monepos.  Istilah07.01.2010
Maaf, saya ingin bertanya apakah perkataan seerti bagi organik? Terima kasih.Perkataan organik bermaksud bahan, proses, dan lain-lain yang ada kaitan dengan (sumber) haiwan atau tumbuh­an. Tiada perkataan seerti bagi organik.

Lain-lain08.09.2020
Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. Pilih perkataan seerti bagi beroperasi. A. berjalan B. bertugas C. bergegas D. berlabuh Bagi soalan ini, antara A dan B, yang manakah jawapan yang paling tepat?Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. perkataan seerti yang paling hampir ialah A. berjalan  (bergerak dari satu tempat ke satu tempat).Tatabahasa01.09.2010
Perkataan seerti dengan "advanced breast cancer"Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan/puan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "advanced breast cancer" ialah "kanser payudara peringkat lanjutan".Penyemakan dan penterjemahan27.10.2022
perkataan seerti bagi 'perkembangan'Maknanya ialah perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; Makna15.04.2010
perkataan seerti "basemen"Ejaan yang betul ialah "basement" yang bermaksud tingkat bawah tanah.Ejaan09.12.2007
1234567

Kembali ke atas