Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.yuan] | ڤرکايوان

Definisi : 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkayuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Malaysian Timber Council"? "Majlis Perkayuan Malaysia," "Majlis Kayu-Kayan Malaysia," atau "Majlis Kayu Malaysia"?

Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk Malaysian Timber Council. Istilah bahasa Melayu untuk timber ialah kayu, kayu-kayan dan balak. Kayu bermaksud  bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll). Kayu-kayan bermaksud pelbagai jenis kayu. Perkayuan bermaksud segala jenis pekerjaan yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu). Oleh itu, cadangan terjemahan ialah Majlis Perkayuan Malaysia atau Majlis Kayu Malaysia, bergantung pada konsep yang dimaksudkan.    

Istilah24.10.2011

Kembali ke atas