Saya ingin tahu apakah terjemahan terbaik untuk container gardening? Contoh: Container gardening is the new trend of urban gardeners who don't have any space in their home. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "container gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "gardening" ialah perkebunan dan istilah bahasa Melayu untuk "container" ialah bekas. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkebunan bekas atau perkebunan dalam bekas. | Istilah | 18.02.2013 |
Apakah terjemahan terbaik untuk square foot gardening? Adakah betul kalau diterjemah ke kebun kaki persegi? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "square foot gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "gardening" yang padanan bahasa Melayunya ialah perkebunan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perkebunan kaki persegi. | Istilah | 09.04.2013 |
Saya ingin tahu apakah terjemah terbaik untuk 'vertical garden' dan 'vertical gardening'? | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'vertical garden' dan 'vertical gardening' dalam pangkalan data kami. Walau bagimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk 'vertical landscape', iaitu landskap menegak. Istilah bahasa Melayu untuk 'garden' ialah taman dan untuk 'gardening' ialah perkebunan. Oleh itu , istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah taman menegak dan perkebunan menegak. | Istilah | 31.03.2012 |