Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang betul? 1) Saya pasti awak tidak akan menyesal untuk menyertai perkhemahan ini. 2) Saya pasti awak tidak akan menyesal menyertai perkhemahan ini. Adakah kata hubung ‘untuk’ diperlukan di dalam ayat? | Ayat yang betul ialah Saya pasti awak tidak akan menyesal menyertai perkhemahan ini. Kata hubung untuk tidak perlu dimasukkan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.04.2021 |
1.Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu dibersihkan oleh kami atau kami bersihkan? 2 Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka bersahabat karib sejak dari kecil lagi atau sejak kecil lagi? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu kami bersihkan.
- Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka sahabat karib sejak kecil lagi.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 491 – 492. | Tatabahasa | 09.06.2024 |
Dalam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 19.07.2024 |
Salam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 24.07.2024 |
1. Cantik-cantik belaka atau cantik belaka 2. Nilai murni - mencuci pinggan masing-masingselepasmakan semasa aktiviti perkhemahan? 3. Nilai murni bagi makan dengan tenang walaupun tidak sendless makan di rumah ? | 1. Cantik belaka. Soalan 2 dan 3 tidak difahami maksudnya? | Lain-lain | 22.02.2014 |
1) Guru Besar menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi tadi. 2) Berikut disenaraikan barang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan itu nanti. bolehkah tuan jelaskan kesalahan ayat-ayat di atas can pembetulan kepadanya? | 1) Guru besar menyampaikan ucapan dalam perhimpunan pagi tadi. 2) Berikut disenaraikan barang-barang yang diperlukan semasa aktiviti perkemahan itu nanti. | Tatabahasa | 12.07.2010 |
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih. | 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan .... 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.
| Tatabahasa | 17.10.2012 |
Adakah penggunaan "menemukan noktohnya" betul ? Perkhemahan ini menemukan noktahnya. | 1.65pt;">Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “menemukan” bermaksud menjumpai atau berjumpa dengan sesuatu atau seseorang. 1.65pt;"> Ayat yang diberikan kurang jelas. Sila kemukakan ayat yang lengkap untuk penelitian dan semakan kami | Tatabahasa | 03.12.2024 |
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh. | 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga. 5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"? | 1. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, contohnya, Ali memberi adiknya sebuah buku cerita dan Ketua kumpulan akan memberikan taklimat kepada peserta perkhemahan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.1"> 2. Bernyanyi dan menyanyi membawa maksud yang sama, iaitu melafazkan lagu. Contoh ayat, 'Kami mendengar nenek bernyanyi.' dan 'Kami mendengar nenek menyanyi.' adalah betul. | Tatabahasa | 06.09.2017 |