Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.khid.ma.tan] | ڤرخدمتن

Definisi : 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.khid.ma.tan] | ڤرخدمتن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA KHABAR?

Maaf, apakah soalan yang ingin sdr. kemukakan? Terima kasih kerana menggunakan Sistem Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut:

 Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa

Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

  • Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
  • Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
  • Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
  • Carian pantun dan biodata penulis/penyair
  • Penyemakan bahasa Melayu klasik

Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi:

  • Peluang penerbitan
  • Panduan penulisan buku
  • Hak cipta dan royalti.
  • Penyediaan manuskrip.
  • Proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi

  • Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
  • Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
  • Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.
Lain-lain09.12.2010
Apakah tafsiran yang tepat 'Pekeliling Perkhidmatan'.Pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Pekeliling perkhidmatan sama dengan Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling.Tatabahasa15.04.2013
"Latihan Dalam Perkhidmatan" atau "Latihan dalam Perkhidmatan" yang mana lebih tepat. Adakah perlu dibesarkan setiap huruf hadapan atau tidak. terima kasihSebagai kata nama khas seperti nama kursus "Latihan dalam Perkhidmatan". Huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar, kecuali kata sendi nama.Tatabahasa01.06.2015
Terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Terma dan Syarat-Syarat PerkhidmatanTerma dan Syarat PerkhidmatanLain-lain14.03.2011
KHIDMAT NASIHAT PENGGUNAAN BAHASA DALAM POSTER KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Untuk makluman pihak Tuan/ Puan, saya daripada Unit Komunikasi Korporat di bawah Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dari segi penggunaan bahasa dan susunan ayat di dalam poster kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Sri KPPA. Ayat yang digunakan adalah seperti berikut : a) KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG. DATO' SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM. b) SELAMAT DATANG YBHG. ...... KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ATAS KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG. DATO' SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM. 4. Kerjasama, perhatian dan maklum balas segera daripada Tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.1. KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG. DATO' SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM. Ayat ini kurang tepat, lazimnya kunjungan hormat dinyatakan daripada siapa kepada siapa, seperti "Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

2. SELAMAT DATANG YBHG. ...... KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ATAS KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG. DATO' SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM. Ayat ini juga kurang tepat kerana ada dua perkara dalam ayat ini satu alu-aluan dan satu lagu ucapan terima kasih. Contoh, "Selamat datang YBhg. ... ke Jabatan Perkhidmatan Awam dan terima kasih atas kunjungan hormat YBhg. ... kepada YBhg. ...
Tatabahasa09.03.2022
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan?Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu.Makna25.09.2019
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan MikroTerjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.

1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian
2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama
3. Micro Precision - Kejituan Mikro
Istilah11.01.2016
Merujuk kepada iklan kekosongan DBP di https://mobile.twitter.com/dbpmalaysia/status/1429982572566650904 , bolehkah perkataan taraf perkhidmatan ditukar kepada tahap perkhidmatan? Adakah taraf dan tahap membawa maksud yang sama?Penggunaan taraf perkhidmatan dalam iklan kekosongan jawatan DBP adalah betul. Kata taraf yang digunakan dalam konteks ini bermaksud menarafkan, meletakkan atau menempatkan mengikut taraf perkhidmatan.Lain-lain30.04.2022
Salam, sebuah syarikat kawalan serangga meletakan hanya perkataan "PERKHIDMATAN PERSEKITARAN" pada papan iklan miliknya. Terdapat kejanggalan pada ayat tersebut. Pohon pihak tuan dapat memberikan pandangan dan cadangan. TKJenis perkhidmatan harus dimuatkan antara Perkhidmatan dan Persekitaran, cadangan kami yang sesuai ialah Perkhidmatan Kawalan Racun Serangga.Tatabahasa18.06.2012
KKM ada Perkhidmatan 'Occupational Therapy'. Kalau diterjemah, mana satu yang betul Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Carakerja) atau Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)?Menurut data kami, dalam bidang perubatan, istilah untuk Occupational Therapy  ialah Terapi Cara Kerja.  Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah Perkhidmatan Terapi Cara Kerja.Istilah06.03.2017
12345678910...

Kembali ke atas