| Salam sejahtera atau Selamat sejahtera? Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya ingin tanya maksud prasarana. Adakah prasarana termasuk unit dan jabatan? Saya sedang buat tugasan tentang prasarana di Institut Pendidikan Guru dan pensyarah saya beritahu saya prasarana tidak termasuk dalam prasarana. Prasarana maksudnya ialah perkhidmatan asas yang dapat membangun sesuatu dan saya berpendapat jabatan atau unit di IPG ada beri perkhidmatan. Saya juga ingin tanya tentang perbezaan antara prasarana, kemudahan dan infrastruktur. Terima kasih. | · (1) Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur. · (2) kemudahan sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan) perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya. · (3) infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, prasarana. · Jelasnya, ketiga-tiga perkataan bersinonim antara satu sama lain, yang penting kata kunci kemudahan dan perkhidmatan asas. | Makna | 21.02.2014 |
| Pohon penjelasan maksud PERHENTIAN BAS,TEMPAT MENUNGGU BAS,STESEN BAS | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perhentian bermaksud tempat berhenti (bas, teksi, dll). Oleh itu, perhentian bas bermaksud tempat bas berhenti. Sama maksud dengan tempat menunggu bas. Stesen bas pula bermaksud sebuah tempat di mana pengguna bas dapat perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem angkut bas awam. | Makna | 28.09.2010 |
| maksud kawalan belanjawan | Saudara, Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 18.12.2009 |
| Selamat sejahtera. Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya memahami dalam prasarana ada kemudahan dan dalam kemudahan ada infrastruktur. Saya berpendapat infrastruktur lebih spesifik. Adakah konsep saya betul? Maafkan saya, bolehkah pihak DBP memberikan contoh-contoh konkrit bagi prasarana, kemudahan dan infrastruktur kerana saya masih tidak dapat memahaminya dengan jelas. Saya juga ingin mendapat kepastian adakah Unit dan jabatan tergolong dalam prasarana? 2. Saya juga ingin bertanya tentang prepaid top up machine dan washing machine dalam bahasa Melayu?Saya melayari internet menyatakan washing machine dalam bahasa Melayu ialah mesin basuh tetapi saya tidak pasti ia betul atau tidak dan prepaid top up machine untuk telefon bimbit saya tidak dapat cari terjemahannya dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | 1. Kemudahan asas merujuk kemudahan utama seperti jalan raya, bekalan elektrin, air dan sebagainya. Dan, Kamus Dewan memberi takrifan yang sama untuk infrastruktur dan prasarana, iaitu kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, dan organisasi. 2. Padanan bagi washing machine dan prepaid top up machine ialah mesin basuh dan mesin tambah nilai prabayar. | Tatabahasa | 01.03.2014 |
| Assalamualaikum , Saya ingin membuat banner kursus asas memanah di semenyih dan telah mendapatkan info kebenaran pengiklanan dari Majlis Perbandaran Kajang, Mereka meminta saya mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan bahasa dari dewan bahasa dan pustaka. kalau begitu, bagaimana saya ingin dapatkan perkhidmatan tersebut | Sila hantar visual iklan tuan melalui laman sesawang melalui www.dbpsahbahasa.my atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur. Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200/9300/9400. Terima kasih. | Lain-lain | 22.01.2020 |
| Boleh tunjukkan format terkini surat kiriman rasmi? | Format surat rasmi jabatan kerajaan adalah bergantung kepada ketetapan yang telah diterima pakai. Asas format surat rasmi boleh dirujuk dalam laman web INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai panduan. | Lain-lain | 24.02.2008 |
| Log masuk bagi Khidmat Nasihat DBP hanya perlu memasukkan e-mel tanpa kata laluan. Ini mendedahkan kepada isu keselamatan terhadap pengguna awam yang pernah bertanya di portal ini. Dipohon pihak DBP perkemas log masuk yang memaparkan ID Pengguna (e-mel) dan kata laluan. Ini merupakan asas bagi modul pengguna. Jika seseorang itu mengetahui e-mel saya, mereka sesuka hati boleh akses papan pemuka saya. Dan mungkin menyamar sebagai saya untuk bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Mohon ambil tindakan segera. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Terima kasih atas cadangan penambahbaikan sistem KNDBP. Pihak kami akan segera mengambil tindakan sewajarnya. | Lain-lain | 17.01.2024 |
| Tuan/Puan, Tidak lama dulu saya ada melihat panduan menulis surat rasmi di website DBP. Sekarang saya tidak dapat mencari m/s itu. Harap dapat bantuan secepat mungkin. Sekian, terima kasih Muthu 05 Jan, 2010 | Format surat rasmi jabatan kerajaan adalah bergantung kepada ketetapan yang telah diterima pakai. Asas format surat rasmi boleh dirujuk dalam laman web INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai panduan. | Lain-lain | 05.01.2010 |
| Yang saya kirim itu adalah hasil translation ke bahasa melayu dari penerjemah yang saya bayar. Saya kirimkan ke sini, supaya mendapatkan pengecekan dari DBP. Terima kasih. | Melalui semakan kami dalam beberapa baris yang awal, banyak ditemukan kesalahan dari aspek ejaan, istilah dan tatabahasa. Seorang penterjemah mestilah mengetahui ejaan yang betul dan menguasai aspek tatabahasa. Banyak ditemukan kesalahan dalam aspek asas tatabahasa seperti penggunaan kata pemeri ialah dan adalah serta perbezaan awalan "di" dan kata sendi nama "di" dan lebih banyak lagi kesalahan dalam binaan ayat dan terjemahan istilah atau konsep. Untuk makluman tuan, kami tidak bertanggungjawab untuk menyemak apatah lagi mengesahkan hasil terjemahan yang telah dibuat kerana pihak yang dibayar sewajarnya bertanggungjawab menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna sehinggalah tuan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkhidmatan penterjemahan yang ditawarkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia yang boleh dihubungi melalui talian 03-92262506 atau terjemah1@gmail.com.
| Tatabahasa | 25.05.2014 |
| assalamualaikum maaf sy mengganggu... saya ingin membuat semakan berkenaan dengan gelaran bagi memo rasmi kerajaan... penerima memo adalah 4 orang pegawai lelaki...jadi, di dalam kandungan memo tersebut, panggilan perlu "tuan" sahaja atau "tuan-tuan"? saya bagi contoh ayat di dalam memo tersebut : Sehubungan itu, bagi memastikan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dilaksanakan selaras dengan PP – PK2.1, sukacita tuan-tuan dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Spesifikasi bagi Perolehan Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan Dan Perisian ICT Bagi Tempoh Tiga Puluh Enam (36) Bulan Di Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM). 4. Senarai tugasan dan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Spesifikasi adalah seperti di LAMPIRAN A. Pelantikan tuan-tuan selaku Jawatankuasa Spesifikasi ini adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Oleh yang demikian, tuan-tuan diingatkan supaya tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan perolehan Kerajaan ini. Bersama-sama ini dilampirkan integrity pact untuk ditandatangani dan diserahkan kembali kepada pihak urus setia untuk tindakan selanjutnya. 5. Kerjasama tuan-tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. adakah penggunaan tuan-tuan yang lebih tepat atau hanya tuan sahaja? terima kasih atas maklum balas. | | Kata sapaan yang digunakan hanyalah “tuan”, tidak perlu dijamakkan sebagai tuan-tuan kerana kata sapaan ini ditujukan kepada setiap seorang penerima sebagai individu yang disenaraikan bersama-sama penerima yang lain dalam satu memo. Untuk makluman puan, contoh ayat yang diberikan didapati mengandungi banyak kesalahan tatabahasa. Mohon rujuk buku terbitan DBP seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (2016) serta buku pedoman terbitan DBP yang lain sebagai panduan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penulisan dokumen rasmi. | | Tatabahasa | 22.04.2026 |