Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tepoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat. Saya ingin bertanya ayat di atas menggunakan perkataan ‘sebab’ - boleh atau tidak. Klau tidak perkataan apa yang betul. Terima kasih | Ayat yang betul ialah: 1. Michael terpaksa kembali ke tanah airnya oleh sebab tempoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat. 2. Michael terpaksa kembali ke tanah airnya kerana tempoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat. | Tatabahasa | 30.07.2018 |
EJAAN PEKRKHIDMATANNYA ATAUPUN PERKHIDMATANYA | Ejaan yang betul ialah perkhidmatannya. | Ejaan | 23.10.2013 |
Salam, Saya ingin mendapatkan penterjehaman yang rasmi mengenai istilah dalam IT iaitu "Cloud Computing" yang telah mula di perluaskan perkhidmatannya. | Padanan Clou Computing dalam bahasa Melayu ialah Pengkomputeran Awan. | Istilah | 16.01.2012 |
1. Maksud pengiktirafan di tempat kerja dan kaitan dengan penghargaan.sekian, terima kasih. | Penghargaan bermaksud memberi pengiktirafan kepada seseorang berdasarkan sumbangan atau perkhidmatannya. Dalam konteks ini pengiktirafan di tempat kerja adalah penghargaan terhadap sumbangan atau perkhidmatan pekerja. | Lain-lain | 14.12.2009 |
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "go-to-market" merujuk kepada strategi atau pelan tindakan sesuatu syarikat untuk melancarkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatannya dalam pasaran dengan cara yang dapat menarik minat pelanggan sasaran. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "go-to-market"? | Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut: go-to-market - pasaran bersasar Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.04.2022 |
Apakah beza antara "perkhidmatan" dan "khidmat", dan bagaimanakah cara penggunaannya? | Khidmat membawa maksud kerja, usaha atau kemudahan untuk kepentingan orang ramai. Contoh ayat - Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan khidmat Nasihat Bahasa kepada orang ramai. Manakala, perkhidmatan pula perbuatan atau hal berkhidmat. Contoh ayat- Tempoh perkhidmatannya akan tamat pada akhir tahun hadapan. | Lain-lain | 23.01.2014 |
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP. | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna. | Lain-lain | 10.05.2013 |