Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ki.la.ngan] | ڤرکيلڠن

Definisi : 1. kelompok kilang (atau fab­rik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ki.la.ngan] | ڤرکيلڠن

Definisi : 1 kumpulan kilang. 2 hal mengenai kilang: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkilangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah cara untuk menggunakan perkataan "pengilangan" dan "perkilangan"? Harap dapat memberikan contoh. Carian kata menunjukkan kedua-duanya digunapakai bagi ayat "sektor ....". Mana satukah yang betul?Perkilangan bermaksud kelompok kilang, manakala pengilangan bermaksud perihal mengilang, iaitu mengeluarkan barang. Frasa yang betul ialah "sektor perkilangan" dan "pengilangan beras".  Tatabahasa20.09.2011
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara "perkilangan" dan "pengilangan"? Sila terangkan contoh penggunaan yang betul bagi perkataan-perkataan itu. Terima kasih.

Perkilangan bermaksud kelompok kilang, manakala pengilangan ialah perihal mengilang, iaitu mengeluarkan barang. Frasa yang betul ialah "sektor perkilangan" dan "pengilangan beras".  

 

Tatabahasa09.02.2015
ASSALAMUALAIKUM..TUAN/PUAN, MOHON BANTUAN SEMAKAN PENGGUNAAN BAHASA BAGI LAMPIRAN INI IAITU MISI DAN VISI BAGI PERTUBUHAN PERKILANGAN PEMPROSESAN SARANG BURUNG WALIT MALAYSIA. TERIMA KASIH.Pihak kami telah menjawab dalam khidmat pengesahan bahasa pada 30 Jun 2016. Sekian. Harap maklum.Lain-lain29.06.2016
Assalamualaikum dan Selamat petang. Perkara : Mendapatkan kelulusan bagi tanda nama perniagaan selaras dengan syarat dari Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Saya ingin mendapatkan pencerahan berhubung dengan kelulusan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengenai kelulusan tanda nama perniagaan sejajar dengan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Nilai. Bersama dengan ini saya sertakan tanda nama perniagaan syarikat. Nama syarikat : NIPPON WIPER BLADE (M) SDN BHD Jenis perniagaan : Perkilangan Kami berharap agar mendapat kelulusan dari pihak jabatan. Sekian terima kasih Yang benar. Mohd Fazlee Bin Sharif Pengurus Jabatan Sumber ManusiaUntuk makluman tuan, pengesahan iklan DBP tidak mengesahkan nama khas kecuali ada keterangan lain dalam bahasa Melayu seperti "PEJABAT URUSAN" di bahagian paling atas. Slik klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain27.01.2015

Kembali ke atas