1. Apakah perbezaan di antara pertanian dan perladangan ? 2. Penternakan termasuk dalam kategori pertanian atau perladangan? | Pertanian membawa maksud yang luas merangkumi perladangan, penternakan dan penanaman. Oleh itu penternakan itu di bawah pertanian. | Makna | 11.05.2016 |
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Malaysia terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan dan pembinaan. Pertanyaan: Adakah bergantung kepada betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Malaysia terlalu bergantung pada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan dan pembinaan. | Tatabahasa | 03.06.2021 |
Saya ingin bertanya.. apakah singkatan ejaan yang betul untuk : 1) perladangan - p'ldgn 2) pembangunan - p'bgnn 3) perusahaan - p'usahaan 4) perdagangan - p'dggn 5) kepenggunaan - kpggunaan adakah betul? | Untuk makluman puan, singkatan ejaan biasa digunakan terbentuk melalui proses pemadatan dengan penghilangan vokal. DBP tidak menerima penggunaan tanda ' dalam pembentukan singkatan ejaan. Kami mencadangkan puan mengeja penuh ejaan seperti yang dinyatakan dalam urusan rasmi. | Tatabahasa | 23.10.2014 |
Saya ingin mendapatkan istilah "greenfield" dan "brownfield" yang digunakan di dalam sektor perladangan. Contoh ayat di dalam Bahasa Inggeris; "We are looking at upstream expansion including acquisitions in greenfield and brownfield". | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "greenfield" dan "brownfield" dalam pangkalan data kami. Kedua-dua istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 31.03.2014 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi "community farming"? "Community farming" merujuk kepada aktiviti penanaman pokok mengikut spesies tertentu oleh pemilik tanah perseorangan secara berkelompok atau mengikut kawasan. | Kami mencadangkan "community farming" diterjemahkan sebagai "perladangan komuniti" atau "pertanian komuniti". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 17.06.2022 |
Apakah terjemahan terbaik untuk istilah natural farming? Hal ini kerana istilah pertanian organik tidak berapa tepat. Adakah sesuai diterjemahkan sebagai pertanian alami? | Istilah natural farming masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan natural farming ialah perladangan, pertanian atau penternakan semula jadi mengikut kesesuaian konteks ayat yang ingin digunakan. | Makna | 13.05.2019 |
Apakah perbezaan penggunaan imbuhan per...an dengan kata dasar yang dimulai huruf l | Soalan saudara kurang jelas. Apakah yang saudara maksudkan dengan "perbezaan penggunaan imbuhan per...an dengan kata dasar yang dimulai huruf l"? Adakah tentang peluluhan huruf "l" apabila menerima awalan atau apitan? Jika itu yang dimaksudkan, kata dasar yang bermula dengan huruf "l" seperti ladang apabila menerima apitan peR-...-an menjadi perladangan. Kata yang dihasilkan tidak mengalami peluluhan huruf. | Tatabahasa | 27.06.2011 |