Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbpPerlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.Lain-lain01.10.2010
selamat sejahtera encik/puan. 1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. 2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahannya. Ayat mana yang betul, minta sikit penjelasan. terima kasih.1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. Perkataan "dengan perlahan-lahan" menunjukkan cara perbuatan dilakukan.
2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahannya. Kata adjektif "perlahan" menerima kata pembenda "-nya" bagi menunjukkan keterangan cara perbuatan.
Tatabahasa02.12.2022
Salam, Saya mengetahui bahawa menggunakan dua perkataan berganda di dalam satu ayat tidak boleh. Sebaliknya jikalau perkataan itu memang perlu digandakan, adakah boleh? Contoh seperti ayat di bawah: " Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik". Maksud saya ialah penggunaan dua perkataan berganda iaitu "kedua-dua" dan "perlahan-lahan". Sekian.Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik. Kata tersebut perlu digandakan, kedua-dua menunjukkan keseluruhan, manakala perlahan-perlahan menunjukkan penekanan kepada perbuatan yang dilakukan.   Tatabahasa16.07.2008
Salam. Selain "perlahan" dan "lambat", adakah perkataan "lembab" boleh diterima sebagai kata lawan bagi "laju"? Terima kasih.Perkataan "lembab" bermaksud lambat berfikir, tidak cekap atau tidak cerdas (berkenaan fikiran) bukan berlawanan dengan perkataan laju (berkenaan pergerakan).Makna07.09.2022
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Anjing berlari pantas tetapi kura-kura merangkak perlahan. berbanding dengan ayat kedua seperti di bawah: 2. Anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura merangkak dengan perlahan. Bolehkah ayat pertama digunakan sebagai ayat yang bagus? Terima kasih.
Ayat yang gramatis ialah anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura bergerak dengan perlahan.
Lain-lain17.01.2018
Cepatlah adik cepat Mari siapkan diri Usahlah kita (perlahan)/(lambat) Ayah sudah menanti JAWAPAN (perlahan)atau (lambat)betul? TERIMA KASIHUntuk makluman, jawapan yang tepat bagi merujuk ayat tersebut ialah lambat, iaitu Cepatlah adik cepat. Mari siapkan diri. Usahlah kita lambat. Ayah sudah menanti. Lain-lain23.01.2017
Kata perlahan-lahan dijeniskan sebagai kata ganda apa? Boleh berikan penjelasan

Kata perlahan-lahan merupakan penggandaan separa kata berimbuhan dengan awalan.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

Contoh: sepandai-pandai, sebaik-baik, berlari-lari, tersenyum-senyum, mencari-cari dan meronta-ronta.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan bentuk kata ganda penggandaan separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 77.

Lain-lain25.08.2024
Adakah perkataan "perlahan" merupakan ata adjektif? Jika perkataan tersebut merupakan kata adjektif, mengapa wujud perkataan memperlahankan, kerana perkataan adjektif tidak boleh di apit dengan "Memper-...-kan". Minta dijelaskan. Terima kasih.Pendapat saudara betul, perlahan ialah adjektif maka kata terbitan yang betul sepatutnya ialah memperlahan sama seperti kata adjektif yang lain seperti memperlambat dan mempercepat. Walau bagaimanapun kata memperlahankan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan berdasarkan data yang ada penggunaan kata memperlahankan lebih meluas berbanding dengan kata memperlahan.Tatabahasa07.10.2012
Bolehkah saya tanya jikalau untuk perbandingan semacan, boleh tulis perlahan seperti kura-kura atau lambat macam kura-kura? Mesti guna perkataan "macam"? Terima kasih.Kata sendi nama “seperti” dan “macam” digunakan untuk menyatakan perbandingan antara dua benda atau perkara serupa, bagai dan umpama. Frasa “perlahan seperti kura-kura”, “perlahan macam kura-kura”, “lambat seperti kura-kura" dan "lambat macam kura-kura", boleh digunakan. 
Tatabahasa02.07.2024
Salam. Adakah menghirup air kopi yang hanyat itu betul? Ayat : Anis menghirup air kopi yang hanyat itu perlahan-lahan.Ayat yang betul ialah "Anis menghirup air kopi yang panas itu perlahan-lahan."Tatabahasa22.07.2013
12345

Kembali ke atas