Istilah Kumpulan Wang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia menggunakan ejaan lama kumpulanwang. Apabila memetik perkara dalam Perlembagaan, atau bertujuan menggunakan Perlembagaan sebagai sumber maklumat, adakah kami perlu menggunakan ejaan baharu atau masih dengan ejaan lama? Adakah apabila ejaan Bahasa Malayu berubah, perlembagaan atau akta perlu dipinda? | Dalam hal ini apabila merujuk istilah yang telah diwartakan dalam perundangan dan digunakan dalam konteks yang sama, maka ejaannya dikekalkan seperti ejaan kumpulanwang. | Ejaan | 04.06.2012 |
perlembagaan | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
Bolehkah saya mengambil tahu secara terperinci tentang perlembagaan Malaysia? | Saudara boleh merujuk bahan ini : 1. Mengenal Perlembagaan Malaysia Mohamed Suffian Bin Hashim, Tun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1984. 2. Perkembangan undang-undang Perlembagaan Persekutuan Ahmad Ibrahim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1999. 3. Perlembagaan persekutuan International Law Book Services 2006 | Lain-lain | 24.12.2007 |
Apakah makna sebenar perlembagaan menurut islam? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perlembagaan bermaksud undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri. Untuk mendapatkan makna dari segi Islam mungkin saudara boleh merujuk makalah atau buku yang membincangkan perkara ini atau mereka yang pakar dalam hal ini dari sudut agama. | Makna | 19.03.2008 |
Soalan ini telahpun diajukan dan jawapan yang diberikan ialah Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Terima kasih Tetapi bagi saya soalan itu tidak dijawap secara tepat. Apabila ditanya KAPAN BAHASA MALAYSIA DIJADIKAN BAHASA NASIONAL maka perlu dijawab dengan memberitahu tahun dan kemudian barulah dinyatakan dimasukkan dalam perlembagaan. Jadi mohon jasa baik pihak yang menjawab soalan peka dengan soalan yang ajukan. SEKALI LAGI SOALAN YANG DIAJUKAN. Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur Hayati | Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memperakukan Perkara 152, iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Kedudukannya terus kukuh apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia terus terpelihara hingga kini. | Lain-lain | 09.09.2015 |
askum..sy ingin tahu bagaimana nak search tentang hal perlembagaan..ini kerana sy telah diberi kerja khusus tentang tajuk"unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia dan peranannye dalam sistem politik negara"..adakah pihak DBP mempunyai rujukan tentang tajuk 2??kerjasama dari pihak tuan/puan amat sy perlukan..sekian wassalam.. | Saudara boleh melayari Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dalam Laman DBP atau hubungi/layari Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan maklumat tentang perkara tersebut. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Assalamualaikum. Sebagai Bahasa Kebangsaan bagi negara mengikut Perlembagaan Malaysia, DBP & Lembaga Pengelolanya bertanggungjawab, melapor diri, dan liable kepada siapa? Yg Dipertuan Agong, PM, Jemaah Menteri (kementerian mana), Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman, atau siapa? Saya juga cadangkan penambahan kepada objektif DBP iaitu pematuhan pada penguasaan amali Bahasa Melayu (bertutur, membaca, menulis, dan memahami) oleh warga negara Malaysia sepertimana takrifan warga negara di Perlembagaan Malaysia. Terima kasih. | DBP ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelaksanaannya di bawah kawalan Lembaga Pengelola DBP. Kami amat bersetuju dengan pandangan tuan, sewajarnya warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu dan menggunakannya pada setiap peringkat urusan lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi di dalam mahupun di luar negara. Syabas, kami ucapkan kepada tuan yang berusaha mengekalkan jati diri warganegara Malaysia walau di mana jua tuan berada. | Lain-lain | 04.03.2019 |
Kekeliruan rakyat tetap timbul mengenai istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi yang mendukung sebagai bahasa Kebangsaan. Persoalannya mengapa istilah bahasa Malaysia digunakan dalam konteks ini.Bukankah bahasa Malaysia itu mencakupi bahasa Melayu,bahasa Mandarin,bahasa Kantonis,bahasa Tamil. bahasa Iban,bahasa Kadazan dan lain-lain? Mengapa DBP tidak bertegas dalam soal ini? | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 06.09.2009 |
Dalam ayat "peranan perlembagaan dalam mempertahankan kedaulatan negara", kata sendi yang betul adalah "dalam" atau "untuk"? | Kedua-dua kata sendi tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.11.2016 |
apakah maksud berperlembagaan | Perlembagaan ialah undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dan sebagainya). | Makna | 07.03.2011 |