Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perletakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul perkataan 'perletakan' atau perkataan 'peletakan'Jawapan yang betul ialah perletakan. Harap maklum.Ejaan24.07.2007
Terima kasih atas penjelasan tentang penggunaan di antara perkataan "Perletakan" dan "Peletakan". Namun, apabila saya menyemak “Carian Kata” di laman web DBP, perkataan “perletakan” masih dimaktubkan. Kenapa?Penggunaan yang baku ialah peletakan. Data yang diperoleh melalui Carian kata ialah huraian dalam entri kata (bukan dalam entri kata) yang diambil secara langsung daripada korpus dan juga data daripada istilah, iaitu istilah lama. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut.Tatabahasa10.05.2013
Apakah perbezaan di antara "perletakan" dengan"peletakan"?Ejaan yang betul ialah peletakan. Lazimnya apabila ada kata kerja dengan awalan me- seperti meletak, maka wujudlah kata peletakan, iaitu perihal meletak.Tatabahasa03.05.2013
Saya mahu contoh surat perletakan jawatan sebagai pembantu tadbir dalam sesebuah syarikat

Isi surat peletakan jawatan adalah seperti yang berikut :

Perkara : Peletakan Jawatan Sebagai Pembantu Tadbir

Isi : i. Para 1 : Nyatakan tujuan anda. Tarikh berkuatkuasa.

         Para 2  : Nyatakan sebab peletakan jawatan.

Penutup :  Ucapan terima kasih / penghargaan.

Lain-lain28.05.2008
imbuhan pe dan per di hadapan kata 'lantik' dan 'letak'. (pelantikan/perlantikan) (perletakan/peletakan). Bagaimana hendak membezakan penggunaan imbuhan pe dan per. terima kasih..

Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua,  penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani . Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat. Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya,  perburu -orang yang berburu.

Oleh itu, ejaan yang betul untuk kata "lantik" dan "letak" ialah pelantikan/peletakan.  Kata "pelantikan" ialah orang yang dilantik, manakala kata "peletakan" ialah orang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya. Sdr dinasihat agar merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP.

Tatabahasa12.02.2009
1. Contoh Ayat: Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbang dan meluluskan syor di atas. Mengapa kita perlu menggunakan perkataan 'menimbang dan meluluskan' tetapi bukan 'menimbangkan dan meluluskan'? Saya perlukan penjelaskan kenapa imbuhan 'kan' untuk katakerja yang pertama (menimbang) digugurkan. 2. Sila komen ayat berikut: Dalam usaha menambahbaik amalan 5S.....Dalam usaha ke arah penambahbaikan amalan 5S....ayat yang mana lebih sesuai? Betulkan penggunaan perkataan menambahbaik tersebut? 3. Perkataan penambahbaikan dirapatkan kerana ia diapit oleh imbuhan pe dan kan...bagaimana pula dengan perkataan menambahbaik atau menambah baik? 4. Apakah perbezaan perkataan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN? 5. Adakan perkataan PERLANTIKAN dan PELANTIKAN juga mempunyai maksud yang berbeza? 6. Bagaimana pula dengan perkataan PERLETAKAN JAWATAN atau PELETAKAN JAWATAN.

Jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Imbuhan 'kan' digugurkan bagi perkataan menimbang dalam ayat tersebut kerana ayat yang menerima imbuhan 'kan' ialah kata kerja transitif, iaitu memerlukan objek atau penyambut dalam ayat. Contoh ayat, Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbangkan syor di atas. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196.

2. Ayat yang betul ialah Dalam usaha menambah baik amalan 5S.....

3. Perkataan menambah baik boleh digunakan dan dieja dua perkataan kerana menerima satu imbuhan, iaitu 'me...'  pada kata dasar tambah baik, manakala perkataan penambahbaikan dieja satu perkataan kerana menerima kata kerja berapitan, iaitu 'pe...an'.

4. Perlaksanaan bermaksud hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ialah perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

5. Perkataan yang tepat ialah pelantikan, iaitu kata dasar lantik menjadi melantik( perbuatan) dan pelantikan (perihal melantik), dan peletakan jawatan, iaitu orang yang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya.

 

Tatabahasa04.04.2010

Kembali ke atas