Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.li.ma] | ڤرليم

Definisi : dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.li.ma] | ڤرليم

Definisi : dibahagi lima (bahagian): dua ~ dua bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlima


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin bertanya: Manakah yang betul: tiga per lima . (muncul dalam Kamus Dewan Edisi Keempat m.s 56) ATAU tiga perlima .Ejaan yang betul ialah tiga perlima, dan tidak sama seperti ejaan satu per satu (yang bermaksud satu demi satu). Kami mohon maaf atas kesilapan yang berlaku.Tatabahasa06.08.2010
Kata bilangan pecahan: Bilakah kita patut meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Bilakah kita tidak perlu meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? 1. Ali meghabiskan dua perlima gajinya untuk sewa rumah. atau Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 2. Ali makan setengah kek itu. atau Ali makan setengah daripada kek itu. 3. Ali bekerja setengah hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Mengapakah dalam ayat (3), kata sendi nama 'daripada' adalah tidak perlu? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 
2. Ali makan setengah daripada kek itu.
3. Ali bekerja separuh hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Lazimnya dalam konteks rasmi kita menggunakan perkataan separuh seperti separuh hari dan separuh gaji, separuh hari ialah frasa bukan perbandingan seperti dalam ayat 1 dan 2. Untuk lebih jelas, lihat ayat ini.
Tatabahasa11.04.2014
Bagaimanakah penulisan kata bilangan pecahan yang betul, contoh: satu per satu, satu per dua, satu per tiga, satu per empat, satu per lima ATAU satu persatu, satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima. Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.Tatabahasa23.03.2011
1.What is the value of three fifths of 60 hours? 2.Multiply 10 by 100, then add 160 to the answer, remove 60 and divide the answer by 10. 1.Apakah nilai tiga perlima daripada 60 jam? 2. Darab 10 dengan 100, tambah 160 dengan jawapan, tolak 60 dan bahagi dengan 10. Tolong semak dan betulkan ayat dalam Bm. Please check my bahasa translation. Thank u.

Sdr. Logiswari,

1. Berapakah nilai tiga perlima daripada 60?

2. Darab 10 dengan 100, kemudian tambah 160 kepada jawapan anda, tolak 60 daripada jawapan anda kemudian bahagi jawapannya dengan 10.

Tatabahasa19.04.2010
Pecahan: satu per dua ATAU satu perdua? satu per sepuluh ATAU satu persepuluh?Ejaan yang betul ialah satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima, satu persepuluh  bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian dan seterusnya.
Ejaan20.11.2017
Ejaan bagi pecahan dieja rapat atau jarak? Contohnya, satu perdua atau satu per dua?Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.Ejaan28.10.2018
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga.1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang.
2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.
Tatabahasa26.09.2013
Salam, boleh saudara@saudari jelaskan, mengapa terdapat dua versi untuk ejaan satu per empat? Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hardcopy), ejaan yang betul dalam contoh ialah satu per tiga (dalam kes saya ialah satu per empat) tetapi apabila saya menyemak ejaan dalam PRPM, ejaan satu perempat pula dikatakan betul dan menulis sumbernya ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Jadi, yang manakah betul? Dan mengapakah adanya versi ejaan yang berlainan itu?Sekian, teriama kasih.
Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.

Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Ejaan25.04.2013

Kembali ke atas