Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pertolongan untuk memilih jenis iklan yang mana satu perlu saya pilih. Kami perlu meletakkan papan tanda untuk nama kilang di hadapan atas kilang kamiTuan perlu memilih Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Untuk permohonan papan iklan, sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan, contohnya KILANG MAKANAN. Singkatan perkataan SDN. BHD. perlu diletakkan titik.Lain-lain09.03.2020
Mohon maklum balas cara penulisan yang betul di ruangan tandatangan bagi surat-menyurat. Contohnya: (IR. AHMAD IDWAN BIN MANSUR) Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Soalan saya: 1. Perlu atau tidak letakkan kurungan ( ) itu; 2. Perlu atau tidak nama dieja dalam huruf besar; 3. sekiranya nama dieja dalam huruf besar, perlukan IR juga dieja dalam huruf besar atau ditulis (Ir. AHMAD IDWAN BIN MANSUR)?1. Nama perlu perlu dimasukkan ke dalam tanda kurungan
2. Nama perlu ditulis dalam huruf besar
3. Keseluruhan nama yang dimasukkan ke dalam tanda kurungan perlu ditulis dengan huruf besar termasuk IR
Lain-lain14.02.2019
Perlu pengesahan ejaan Bahasa Kebangsaan pada visual seperti di lampirkan.Salam sejahtera,

Tuan,

Bagi pengesahan bahasa, sila layari http://dbpsahbahasa.my/.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain10.07.2018
Perlu dapatkan pengesahan bagi penggunaan ayat yang sebenar iaitu trek basikal atau lorong basikal

Istilah08.01.2018
Penggunaan "di". Bila perlu jarak dan bila perlu rapat? Terima kasih.Harus dibezakan fungsi di sebagai kata sendi nama dan di sebagai imbuhan. Di sebagai kata sendi nama mesti dieja jarak dengan perkataan yang mengikutinya,hadir sebelum tempat atau arah contohnya  di bawah, di pasar, di timur. Manakala di sebagai imbuhan dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya, hadir sebelum kata kerja seperti dibuat, ditumbuk, dan disepak.Tatabahasa23.08.2017
saya tak kesah kalau sekarang khidmat bahasa perlu dibayar tetapi kenapa perlu ambil masa lebih 2 3 hari untuk diluluskan lepas permohonan dibuat walhal masa khidmat ni tak berbayar, proses lebih cepat. adakah bayaran yang dikenakan untuk mendapat khidmat yang lebih lambat daripada sebelum ni? harap pihak DBP lebih produktif dan lebih munasabah. terima kasih.Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian ialah  3 hari bekerja dan dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Pihak kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa-masa akan datang.  Lain-lain16.06.2017
Format karangan catatan bahagian tarikh atau masa perlu garis atau tidak perlu garisKami kurang faham soalan tuan/puan. Boleh berikan contoh untuk menjelaskan soalan.Lain-lain05.01.2017
Bagaimanakah cara menulis judul lagi seperti ayat berikut? Perlu dicondongkan ataupun tidak, perlu tanda pembuka dan penutup kata ataupun tidak? Contoh ayat: Pada mulanya kami menyanyi lagu “On Top of Old Smokey” mengikut rentak asalnya.Contoh menulis judul lagu yang puan berikan adalah betul, iaitu meletakkan tanda petik pada awal dan akhir judul tanpa mencondongkan tulisan.Lain-lain10.03.2017
Salam sejahetera, saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata panggilan seperti Encik dan Puan dalam bahagian tandatangan khususnya dalam surat rasmi ataupun minit mesyuarat, adakah kata panggilan itu perlu atau perlu digugurkan? Bermakna hanya nama dalam bahagian tandatangan.

Untuk makluman tuan/puan,  format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan surat dan minit mesyuarat:

- Kata sapaan Encik dan Puan digugurkan dalam ruang tandatangan, melainkan gelaran kebesaran yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar negeri-negeri Melayu seperti gelaran Tan Sri, Dato' dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat.

Lain-lain02.06.2017
Petikan manakah yang gramatis? #1) Kita perlu berterima kasih dengan mereka. #2) Kita perlu bertermia kasih kepada mereka.Kita perlu berterima kasih kepada mereka.Tatabahasa15.11.2016
12345678910...

Kembali ke atas