Display virtual keyboard interface
 

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak bertanya penggunaan noktah untuk subtajuk seperti di bahawh. Perlukah diletakkan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih. 1.0 Pengenalan Kepada Pengurusan Acara 1.1 Menerangkan asas pengurusan acara 1.1.1 Menerangkan definisi pengurusan acara 1.1.2 Menyatakan proses pengurusan acara 1.1.3 Mengenal pasti kategori acara 1.1.4 Mengenal pasti jenis-jenis acara 1.1.5 Mengenal pasti ciri-ciri saiz acaraNoktah tidak perlu diletakkan pada subtajuk.Lain-lain22.04.2021
1. kamu perlu contohi .... 2. perlu kamu contohi .... 3. kamu perlu mencontohi usaha pelajar cemerlang itu. adakah ketiga-tiga ayat jugalah betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah "kamu perlu mencontohi..." kerana menggunakan imbuhan yang betul dan "perlu kamu contohi..." ialah bentuk pasif. 

Tatabahasa15.07.2013
Mohon maklum balas cara penulisan yang betul di ruangan tandatangan bagi surat-menyurat. Contohnya: (IR. AHMAD IDWAN BIN MANSUR) Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Soalan saya: 1. Perlu atau tidak letakkan kurungan ( ) itu; 2. Perlu atau tidak nama dieja dalam huruf besar; 3. sekiranya nama dieja dalam huruf besar, perlukan IR juga dieja dalam huruf besar atau ditulis (Ir. AHMAD IDWAN BIN MANSUR)?1. Nama perlu perlu dimasukkan ke dalam tanda kurungan
2. Nama perlu ditulis dalam huruf besar
3. Keseluruhan nama yang dimasukkan ke dalam tanda kurungan perlu ditulis dengan huruf besar termasuk IR
Lain-lain14.02.2019
1. Perlu tak perkataan guru besar ditulis huruf besar iaitu Guru Besar. 2. Ayat di bawah betul atau tidak betul. Buah kelapa muda itu mahal harganya di Restoran Mahligai. Jika ayat itu tak betul, boleh tak tunjukkan di mana kesalahannya.

Lain-lain15.08.2017
1) Perlu dicondongkan atau ditegakkan untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dan sebagainya jika dalam penulisan rasmi? 2) 'Red velvet' dalam bahasa Melayu apa? 3) Terdapat atau tidak perkataan tersendiri untuk perkataan 'hashtag' (#) dalam bahasa Melayu? 4) Kali pertama atau pertama kali? Misalnya, inilah kali pertama kami ke sini ataupun inilah pertama kali kami ke sini. 5) Apakah perbezaan antara baharu dan baru?Jawapan:

1. Untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas.
2. Setakat ini, perkataan red velvet dan hastag tidak ada dalam data DBP
3. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
4. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaja digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.
Tatabahasa27.10.2015
Tuan, minta lihat contoh ayat di bawah. 1. Hal ini perlu diberi perhatian. ayat (1) setelah diaktifkan, menjadi ayat (2): 2. (Pelaku) perlu memberi hal ini perhatian. Ayat aktif ini juga boleh berbentuk seperti ayat (3), 3. (Pelaku) perlu memberikan perhatian kepada hal ini. jikalau ayat pasif ayat (3) berbentuk macam ini: 4. Perhatian perlu diberikan kepada hal ini. Tetapi, tuan mengatakan bahawa setelah frasa 'diberikan perhatian' dalam ayat (1) diaktifkan, akan menjadi 'memberikan perhatian', itu salah tuan. Sepatutnya objek dalam ayat (1) ialah 'hal ini'. Perkataan 'perhatian' ialah objek sipi. Maka, objek tepat, iaitu 'hal ini' yang dipindahkan ke belakang kata kerja aktif setelah ayat pasif diaktifkan, membentuk frasa kerja 'memberi hal ini perhatian'. Perhatikan bahawa objek sipi 'perhatian' diletakkan di belakang objek tepat 'hal ini'. Objek penerima ialah 'hal ini', jadi digunakan selepas kata kerja 'memberi', manakala 'perhatian' ialah sesuatu yang disampaikan, diberikan atau diserahkan.Jika ayat pasif, "Hal ini perlu diberi perhatian", aktifnya "...memberi hal ini perhatian" dan jika ayat pasif "Perhatian perlu diberikan kepada hal ini", aktifnya "... perlu memberikan perhatian kepada hal ini". Hal ini ialah "objek tepat" dan perhatian ialah "objek sipi". Kami mengambil maklum pandangan tuan dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa19.11.2014
contoh teks : Manakala bagi proses mewarna pula terdapat arahan "Gradient Tool", "Color" dan "Fill & Stroke". Soalan: 1) Perlu gunakan huruf besar atau pun huruf kecil untuk komponen bagi Adobe Illustrator tersebut seperti mana perkataan di atas seperti Gradient Tool, Color, Fill & Stroke, Menu Bar, Tool Pen dbsnya. 2) Jika saya tidak mahu menggunakan tanda ".." untuk bahasa Inggeris dan mengantikannya dengan font italic, adakah dibenarkan? Terima kasih.1. Untuk makluman, tidak perlu menggunakan huruf besar kerana bukannya kata nama khas.

2. Untuk perkataan bahasa Inggeris, italik lebih tepat jika digunakan berbanding tanda petik "/".
Lain-lain17.05.2016
soalan 1: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini.......Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... (boleh jelaskan kenapa "yang rambutnya teristimewa salah") 2. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan?Jawapan 1:
Ayat yang lebih sesuai ialah "yang berambut "istimewa" sekarang ini...". Perlu ada tanda "  " pada perkataan istimewa kerana istimewa di sini boleh menjelaskan pelbagai maksud. Mungkin juga berambut cantik, berambut pelik dan sebagainya.
Jika hendak menggantikan ayat yang lebih sesuai ialah "yang rambutnya sangat istimewa atau yang rambutnya sangat luar biasa sekarang ini". Maksud "teristimewa" ialah "yang luar biasa, yang sangat khas, terkhusus"(Kamus Dewan Edisi Keempat).Jika ayat "yang rambutnya teristimewa" digunakan, maka ayat ini salah kerana ayat yang digunakan berbunyi" yang rambutnya yang luar biasa" . Penggunaan "yang" dua (2) kali berturut-turut dalam ayat bahasa Melayu adalah tidak sesuai dan hendaklah dielakkan.

Jawapan 2:
"yang" adalah kata hubung dalam bahasa Melayu. Kata hubung bermaksud menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya: Saya membeli baju yang berwarna hijau. Perkataan "yang" menghubungkan perkataan "baju" dan "berwarna". Perkataan "yang" hanya biasa digunakan dalam penulisan seperti slogan, puisi atau pantun dan seumpamanya sahaja. Contohnya: "Yang indah itu bahasa".
Tatabahasa29.03.2013
Petikan manakah yang gramatis? #1) Kita perlu berterima kasih dengan mereka. #2) Kita perlu bertermia kasih kepada mereka.Kita perlu berterima kasih kepada mereka.Tatabahasa15.11.2016
Mohon tunjuk ajar, 1) Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa sihat sejahtera atau 2) Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa sihat sejahtera? Terima kasih Tuan.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul, namun ayat ini menjadi lebih jelas sekiranya dimasukkan perkataan “kita” seperti contoh yang berikut:

1.   “Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.” dan  “Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.”

 

Tatabahasa30.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas