Salam sejahtera, Bagi ayat dialog ini: "tak ada lah" -> Haruskah lah dicantumkan kupada perkataan "ada" atau dipisahkan? Sekian, terima kasih! | “lah” perlu dieja bercantum dengan perkataan “ada”. | Lain-lain | 21.03.2022 |
Penggunaan perkataan perlu atau perlulah. Sebagai contoh Pengawas perlu / perlulah memastikan semua calon mengisi maklumat dengan lengkap. Apakah fungsi "lah". Mesti / Mestilah. Hendak / Hendaklah. Bilakah @ dalam keadaan manakah sesuatu perkataan perlu,mesti, hendak akan digunakan perlulah, mestilah hendaklah. | Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih - | 1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah. 2. Perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.10.2010 |
Tidur berlantaikan simenlah pekerja-pekerja yang berpiket itu. apabila ayat ini disongsangkan, perlu ke letak partikel 'lah iaitu Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simen atau simenlah? yang mana satu betul? | Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simenlah. - perlu diletakkan aprtikel "lah" | Tatabahasa | 25.05.2011 |
"Saja je lah Lin tanya. Betul tak kak?"" Tuan, bagaimana cara tulis "je lah" dalam dialog di atas? Perlu dirapatkan atau tidak? Perkataan "je" perlu italic tak? | Tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami kerana lazimnya bahasa percakapan tidak dijadikan data untuk rujukan. Dalam hal ini saudara harus memikirkan apakah boleh difahami atau membawa maksud yang dikehendaki jika perkataan tersebut ditulis bersambung atau sebaliknya. | Ejaan | 26.06.2012 |
Salam sejahtera. 1. Di sini bermula sejarah pewaris........ 2. Di sinilah bermula sejarah pewaris...... Ayat pertana dan ayat kedua, yang mana satu betul tentang penggunaan partikel lah? Terima kasih. | Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah, di sini/di sinilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Saya hendak bertanya. Adakah -la dikira sebagai imbuhan? Adkah ia bentuk tidak formal untuk -lah? Bolehkah -la digunakan dalam ayat? Kalau ya, adakah perlu jarak? Terima kasih. | Tiada imbuhan “-la”. Penggunaan yang betul ialah “-lah” yang merupakan kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta. | Tatabahasa | 11.06.2023 |
Saya difahamkan bahawa perkataan seperti 'kah', 'tah' dan 'lah' adalah partikel atau ayat tugas; di mana penggunaannya mesti dicantumkan dengan perkataan di hadapannya. Contoh: 1. Apakah masalah awak? Namun begitu, adakah situasi di mana partikel ini tidak perlu dicantumkan dengan perkataan yang ada di hadapan? (exception to the general rule) Contoh: 2."Awak sudah makankah?" atau "Awak sudah makan kah?" Adakah betul jika saya katakan bahawa penggunaan partikel yang tertara di atas, apabila digunakan sebagai kata penegas, harus dicantumkan dengan kata yang ada di hadapannya? Terima kasih | Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Berdasarkan contoh yang tuan berikan, ayat yang tepat ialah "Awak sudah makan?" atau "Adakah awak sudah makan?" | Tatabahasa | 08.04.2020 |
Saya ingin pastikan sama ada kata-kata berikut adalah sesuai untuk digunakan untuk poster besar pengiklanan. Dari segi tatabahasa dan kesesuaian. Terima Kasih " Nikmati-lah kemudahan servis waktu senja. Untuk tempahan servis, hubungi: 03- 5621 5566" | Sila buat visual poster tersebut dalam bentuk jpeg atau gif dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 13.08.2014 |
1. Adakah nama mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf brsar? Contohnya Sains / Matematk / Bahasa Melayu. 2. Pokok kelapa berliang-liuk atau melambai-lambai ditiup angin? 3. "Apatah / Apalah dayaku yang lemah ini untuk melawannya" keluh lelaki itu. Terima kasih. | Ya, mata pelajaran harus ditulis dengan huruf besar. Bukan pokok kelapa tetapi daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin. Apatah dan apalah boleh digunakan untuk ayat ini. Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. Partikel 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan kepada diri sendiri. Jadi untuk ayat ini "apatah" agak lebih sesuai. | Lain-lain | 01.07.2014 |