soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul? | 1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja. 2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
Kemusyikilan Bahasa | Soalan tuan memerlukan penelitian dan kami perlu merujuk kepada pihak yang pakar dalam hal ketatabahasaan. Kami berusaha untuk menjawab secepat mungkin dan jawapan tersebut akan di-e-melkan terus kepada tuan. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track suit. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan? | 1. T-shirt dan track suit telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek. 2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang. 3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan. 4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan? | Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda. | Lain-lain | 25.08.2010 |
kata kerja bagi buka atau tutup suis kipas. soalan: memetik suis kipas atau menekan suis kipas? manakah yang paling tepat dan sesuai? | Soalan sdr bergantung kepada bentuk suis yg terdapat pada kipas tersebut. Sekiranya suis kipas tersebut memerlukan ia ditekan, maka suis kipas itu perlu ditekan. Manakala terdapat juga suis kipas yg tidak memerlukan ia ditekan, sebaliknya memerlukan seseorang itu memetiknya. Dalam keadaan sekarang, terdapat banyak jenis kipas yang berlainan jenis, dan ini terpulang kepada seseorang itu untuk memetik atau menekan kipas tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 28.10.2008 |
Saya memerlukan pertolongan penterjemah (Bhs Melayu-Bhs Inggeris). Dokumen yang perlu diterjemah adalah Sijil Perkahwinan. Ini adalah untuk aplikasi visa ke New Zealand. Adakah orang yang boleh tolong saya? Saya perlu tahu berapa lama and berapa kos untuk perkhidmatan ini. Terima Kasih/Coco | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menangani Khidmat terjemahan seperti yang diperlukan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel www.terjemah@tm.net.my. Urusan tentang terjemahan termasuklah jumlah bayaran yang dikenakan boleh berbincang dengan Puan Suzana atau Puan Saodah. | Lain-lain | 06.07.2011 |
Saya memerlukan maklumat yang terperinici mengenai wacana. Saya telah pergi ke arkib soalan DBP dan saya telah memperolehi gambaran secara kasar tentang wacana. Saya memerlukan keterangan yang lebih lanjut mengenai ciri-ciri keutuhan wacana, jenis-jenis wacana dan apa sahaja perkara yang berkaitan dengan wacana untuk dimuatkan ke dalam tugasan saya. Terima kasih. | Wacana bermaksud keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,percakapan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1793. Sebagai pelajar saudara perlu berbincang dengan pensyarah dan membuat kajian dan penyelidikan dengan merujuk pelbagai buku bahasa yang terdapat di perpustakaan. | Tatabahasa | 01.03.2008 |
saya memerlukan pakar bahasa Melayu untuk mengedit tesis. bagaimanakah boleh saya dapatkan perkhidmatan ini? siapakah saya perlu hubungi? TK | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menangani khidmat penyuntingan dokumen. Sila berhubung dengan Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 atau e-mel terjemah1@gmail.com dan berbincang tentang kadar bayaran yang dikenakan. | Lain-lain | 05.10.2011 |
Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid. | Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 29.01.2010 |
Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam. | Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain. | Tatabahasa | 30.01.2013 |