Perluasan makna perkataan lembaga | Dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat lembaga ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); 2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan); sila rujuk juga Kamus Dewan Edisi Ketiga untuk mencari peluasan makna (jika ada) bagi kata lembaga. | Makna | 16.09.2009 |
perluasan makna kata "kaki" | Dalam Kamus Dewan kaki ditakrifkan sebagai 1. anggota badan 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah) 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter 7. kiasan (orang yang) suka melakukan sesuatu. | Makna | 10.09.2009 |
Perluasan makna untuk perkataan pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; | Lain-lain | 09.09.2009 |
Mana yang betul? Projek Peluasan Kampong atau Perluasan Kampong? | Yang betul ialah projek peluasan kampung. | Ejaan | 05.08.2010 |
saya ingin mendapatkan maklumat tentang tajuk perubahan makna dari segi semantik dari aspek perluasan,penyempitan, dan hubungan makna dengan kebudayaan . sekain.terima kasih. | Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan dibuat di perpustakaan di tempat saudara atau saudara boleh menghubungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau melayari Pustaka Digital dalam Laman DBP. | Lain-lain | 31.07.2008 |
huraikan perubahan makna yang berlaku pada leksikal 'mohon',dan leksikal 'saujana, '. kaitkan perbincangan dengan konsep semantik seperti perluasan makna, penyempitan makna,sintagmatik,paraigmatik, kolokasi, konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. | Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk buku yang berkaitan. Terima kasih. | Tatabahasa | 07.08.2008 |
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih. | i. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara. Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat. ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara. | Tatabahasa | 04.12.2013 |
INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN FORMAT BARU TENTANG SURAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN RASMI SERTA EJAAN-EJAAN TERBARU CONTOH: BARU - | Kamus mengandungi kata baru dan lama atau juga kata lama tetapi ada perluasan makna, atau makna baharu bagi kata tersebut. Panduan penulisan rasmi boleh saudara rujuk buku atau makalah tentang tajuk tersebut. | Lain-lain | 13.01.2009 |
Adakah Dewan Bahasa sentiasa memantau penggunaan bahasa melayu di dalam akhbar harian samada akhbar perdana atau mingguan. Adakah Dewan Bahasa berhak menegur akhbar ini sekiranya terdapat kesalan bahasa. | Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu di bawah unit pemantauan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kecelaruan penggunaan bahasa Melayu sama ada dalam majalah,akhbar dan sebagainya. Dewan Bahasa telah membuat teguran kepada pengamal media yang berkenaan dalam mewujudkan suasana berbahasa yang baik dan berkesan.Berdasarkan akta Dewan bahasa dan pustaka (pindaan dan perluasan)1995, DBP telah diberi tugas dan tanggungjawab termasuk memberi arahan,ulasan,nasihat,bantuan,bimbingan dan latihan dan pengawasan kepada semua pihak demi mendaulatkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 25.07.2007 |
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan. | Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan, perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat - daratan, garis - garisan. Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan, garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat. | Makna | 11.05.2011 |