Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.da.ni] | ڤرمايداني

Definisi : hamparan drpd bulu domba dll (berwarna-warna), ambal: di lantai terhampar ~ yg luas, tebal dan berbunga-bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.da.ni] | ڤرمايداني

Definisi : tikar baldu yg dibuat drpd bulu kambing biri-biri dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permaidani (kata nama)
Bersinonim dengan hamparan, ambal, sejadah, tikar, guderi, kain katifah, babut.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kedai Permaidani Fatimah CarpetUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain06.01.2015
Kulit kacang Dan kuaci serta plastik pembungkus makanan ( )di atad meja Dan permaidani itu. Berserakan /Bersepahan Kedua-Dua jawapan Ini boleh terima ? Terima kasihKedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa27.07.2016
salam . apa beza menghamparkan dan membentangkan. saya rujuk kamus makna sama . apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut Pak Hamid _________ permaidani yang baru dibelinya dari Iran. A membentangkan B menghamparkan C memasang.Merujuk Kamus Dewan membentangkan sama makna dengan menghamparkan, iaitu membuka sesuatu daripada gulungan atau lipatan luas-luas. Oleh itu perkataan membentangkan (A) dan Menghamparkan (B) boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa10.03.2010
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer 2. Festooning Machine 3. Tobacco Kiln 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine 5. Tape Layering Machine 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Laboratory Dounce Homogenizer – Penghomogen Dounce Makmal

2. Festooning Machine – Mesin Pemfestunan

 3. Tobacco Kiln – Tanur Tembakau

4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine – Mesin Pemotong Alas Permaidani Tegak

 5. Tape Layering Machine – Mesin Pelapisan Pita

6. Rebond Carpet Underlay Form Machine- Mesin Bentuk Alas Permaidani Ikat Semula

 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine – Mesin Penyemperitan Alas Permaidani Getah

Istilah27.05.2016

Kembali ke atas