Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
Assalamualaikum ... antara perkataan "Pembangunan" dan "Pembinaan", manakah yang lebih tepat dan sesuai bagi ayat di bawah: Pembangunan/ Pembinaan Permainan Bio4 Bagi Topik Komposisi Kimia dalam Sel. Penerangan lanjut: Ayat di atas adalah merupakan tajuk tesis yang sedang saya jalankan. Dalam kajian ini saya ingin menghasilkan permainan pendidikan dalam bentuk papan permainan (Board game) bagi murid sekolah menengah. Harap pihak tuan dapat memberi pencerahan...saya dahului dengan ucapan terima kasih...Pilihan perkataan yang betul ialah "Pembangunan"Tatabahasa04.03.2020
maksud atau makna teka silang kata dan caturTeka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dgn menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkataan, biasanya diberikan soalan/pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan. caturI sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur;Makna05.09.2007
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak bermain gelongsor / papan gelongsor di taman permainan.(yang mana satu betul) 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan/ sisa-sisa makanan tidak terselit di/pada celah-celah gigi. 3. Sejak pagi lagi/ Sejak dari awal pagi lagi, dia sudah mula mengerjakan sawah.(sejak dan dari ialah kata sendi nama.'sejak pagi lagi'yang betul?1. Kanak-kanak bermain papan gelongsor di taman permainan.
2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan tidak terselit di celah gigi.
3. Sejak pagi lagi....
Lain-lain11.10.2018
apakah permainan dam melayuMenurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur);Lain-lain05.08.2007
Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang isitilah peralatan taman permainan. Adakah betul ejaan "jongkang-jongket"? Adakah "gegelung" istilah yang betul untuk "merry-go-round"? Sekian.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ejaan Jongkang-jongket adalah betul dan bermakna papan permainan kanak-kanak yang boleh turun naik. Dalam bahasa Melayu permainan merry-go-round diterjemahkan kepada kuda pusing.

Istilah08.04.2018
saya ada melampirkan papan iklan saya unutk tujuan pengesahan bahasa oleh DBP bagi mendapatkan lesen papan iklan dari pihak berkuasa tempatan. Terima KasihMasukkan keterangan dalam bahasa Melayu seperti "KEDAI ALAT PERMAINAN" di bahagian atas iklan. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.10.2015
penjodoh bilangan untuk jongkang-jongkit apa?Jongkang-jongket ialah sejenis permainan kanak-kanak (terdiri drpd papan panjang bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik).Penjodoh bilangan bagi jongkang-jongket ialah sebuah.Tatabahasa16.08.2007
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014

Kembali ke atas