Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.su.ri] | ڤرمايسوري

Definisi : 1. isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.su.ri] | ڤرمايسوري

Definisi : isteri kpd raja yg memerintah; raja perempuan; ratu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permaisuri (kata nama)
Bersinonim dengan isteri raja, maharani, raja perempuan, rani, ratu, sultanah, suri, tengku ampuan.,

Puisi
 

Rumah kecil alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak berhajat besar,
     Tidak saya sampai ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?)Kata ganti yang sesuai digunakan:

1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda.
2. Permaisuri kepada putera = bonda
3. Putera kepada permaisuri = anakanda
Istilah19.11.2016
" Segala titah permaisuri akan ____ laksanakan dengan segera," sembah dayang istana. A. baginda B. hamba C. patik D. beta Apakah jawapan yang sesuai ? Mengapa?Jawapan yang paling sesuai ialah "patik" kerana "patik" memang khas sebagai kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja.Istilah12.03.2018
"Mengapakah permaisuri bersedih? Katakanlah kepada ...............," kata Dayang Suri kepada Permaisuri Ratna Devi. Jawapan: A. Beta B. hamba C. patik D. tuan hamba

Encik Tony,

Jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah C. patik.

Tatabahasa22.06.2010
Permaisuri sedang bersantap bersama keluarga ............., kata inang kepada memanda menteri. Apakah jawapan nya baginda atau tuanku?Permaisuri sedang bersantap bersama keluarga baginda, kata inang kepada memanda menteri. Tatabahasa13.09.2011
"Tolong sampaikan kepada_______bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. a. Beta b. Tuanku c. Baginda d. Beliau apakah jawapan bagi soalan ini? Sila beri penjelasan. Terima kasih."Tolong sampaikan kepada beliau bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. Tengku Azman bukanlah seorang raja atau sultan, maka kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah beliau.Tatabahasa28.04.2014
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'isteri dan permaisuri'' terima kasih..Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna isteri ialah perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini. Permaisuri ialah isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya.Makna17.04.2010
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan.

2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru.

3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu.

4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku.

5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu.

Sekian, terima kasih.
Makna07.08.2017
1.apabila dayang bercakap dengan permaisuri, apakah panggilan untuk diri dayang? adakah "patik" atau "hamba"? 2. Rakyat biasa bercakap dengan sultan , panggilannya " hamba" untuk diri rakyat ?
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.
Tatabahasa20.08.2013
"Tolong sampaikab kepada_____bahawa cucunda jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. a. Beta b. Tuanku c. Beliau d. Baginda Saya telah mendapat jawapan daripada tuan bahawa jawapan ialah BELIAU. tetapi saya mendapati jawapan ialah BAGINDA. apakah jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Jawapan pertama ialah beliau kerana adanya frasa cucunda Tengku Azman. Tengku Azman bukanlah seorang sultan atau raja, melainkan digelar Sultan Azman. Dalam ayat yang kedua ini kata ganti nama baginda boleh digunakan.Tatabahasa29.04.2014
"Izinkan ____ keluar ke taman sebentar, kata dayang kepada permaisuri raja". a beta b patik c saya d hamba apakah jawapan yang sesuai untuk kata ganti nama ini? apakah sebab jawapan begini dipilih?Jawapan yang paling tepat ialah 'patik'. Harap maklum.Tatabahasa22.05.2008
123

Kembali ke atas