Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permitted


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan sebenar bagi “permitted nature-identical flavouring substance” dalam ayat di bawah ini? 243A. (7) Notwithstanding subregulations (6), permitted nature-identical flavouring substance may only be added in mango nectar. 243A. (7) Walau apa pun subperaturan (6), bahan perisa serba sama bahan asli yang dibenarkan hanya boleh ditambah pada nektar mangga.Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu untuk permitted nature-identical flavouring substance ialah bahan perisa serba sama asli yang dibenarkanPenyemakan dan penterjemahan30.06.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi "isomalt" dalam bahasa Melayu? Contohnya dalam ayat di bawah ini: 134. (1) In addition to the sweetening substances specified in regulations 118 to 133 only aspartame, glycerol, isomalt, maltitol, maltitol syrup, mannitol, sorbitol, sucralose, erythritol and xylitol shall be deemed to be a permitted sweetening substance for the purposes of these Regulations.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

isomalt - gantian gula/isomalt

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain02.06.2021
Bagi ayat dibawah ini, didapati perkataan "diasinkan" mempunyai imbuhan "-kan". Adakah perkataan "dikon, diawet dan dijeruk juga perlu ditambah imbuhan -kan? (7) Manufactured meat may contain— (a) where such meat or part of such meat is corned, cured, pickled or salted, sodium nitrite, potassium nitrite, sodium nitrate or potassium nitrate, alone or in combination, as permitted preservative, provided that the final product does not contain more than 200 ppm of total nitrate and nitrite calculated together as sodium nitrite; (7) Daging kilangan boleh mengandungi— (a) jika daging atau sebahagian daripada daging itu dikon, diawet, dijeruk atau diasinkan, natrium nitrit, kalium nitrit, natrium nitrat atau kalium nitrat, sendirinya atau dalam kombinasi, sebagai bahan pengawet yang dibenarkan, dengan syarat bahawa hasil terakhirnya itu tidak mengandungi lebih daripada 200 bsj jumlah nitrat dan nitrit dihitung bersama sebagai natrium nitritKata terbitan terhasil melalui penambahan awalan, akhiran dan apitan. Ada perkataan yang boleh menerima awalan meN... atau apitan meN...kan (bentuk pasif di...kan) dan ada yang boleh menerima kedua-dua bentuk terbitan. Hal ini perlu merujuk kamus untuk memastikan pembentukan kata yang betul. Dalam konteks ayat yang diberikan, corned dalam bidang istilah diterjemah kepada kon  seperti daging kon. Walau bagaimanapun dalam konteks umum, perkataan tersebut diterjemahkan kepada maksud yang terkandung dalam perkataan tersebut, contoh meat is corned ... boleh diterjemahkan kepada daging yang digaramkan (iaitu proses membubuh garam pada daging), diawet, dijeruk ... Corned dan salted sekiranya membawa maksud yang sama diterjemahkan sekali sahaja.Istilah05.06.2021

Kembali ke atas