Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg diminta; permintaan: Semua ~nya telah diluluskan. 2 perbuatan atau hal bermohon; permintaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mohon (kata kerja)
1. Bersinonim dengan minta: minta izin

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan ampunilah, maaflah,

Kata Terbitan : memohon, memohonkan, permohonan, pemohon,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan antara perkataan baru dan baharu. Mohon pengesahan bagi penggunaan perkataan baru atau baharu bagi permohonan atau borang permohonan. Contoh permohonan baru atau permohonan baharu.Kedua-duanya betul, iaitu permohonan baru dan permohanan baharu, dan baru/baharu di sini menunjukkan kata sifat.Tatabahasa07.11.2013
Manakah yang betul ? Dokumen permohonan atau permohonan dokumen ? Digunakan sebagai tajuk kepada surat yang akan dihantar kepada pembayar cukai. Bantuan tuan amat dihargai. TK

Dalam penulisan judul surat berkenaan memohon sesuatu, yang betul ialah Permohonan Dokumen.

Tatabahasa24.11.2011
Penggunaan perkataaan dari dan daripada: 1. Permohonan yang dibuat selepas dari tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. 2. Permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. Yang mana satu betul penggunaannya? Terima kasihAyat yang gramatis ialah: 1. Permohonan yang dibuat selepas dari tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. Kata sendi nama dari - untuk menunjukkan tempat atau masa.Tatabahasa21.10.2011
adakah anda mendapat borang permohonan perkerjaan yang saya hantar

Sdr,

Sekiranya sdr mengemukakan permohonan jawatan ke alamat sepertimana yang disiarkan di dalam akhbar, Insyaallah permohonan tersebut telah kami terima dan kini dalam proses tapisan dan penilaian. Permohonan yang berjaya melepasi tapisan dan penilaian yang kini sedang dibuat sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang surat daripada kami dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Semoga permohonan sdr termasuk dalam senarai calon yang berjaya. Amin.

 

Lain-lain28.06.2010
permohonan bagi mendapatkan pengesahan penggunaan Bahasa Malaysia untuk lesen iklan papan tandaPenggunaan perkatan dalam iklan tuan adalah betul. Untuk pengesahan sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain08.10.2013
permohonan semakan cadangan nama skim pembangunan mengandungi sebuah hotel (122 bilik) dan kemudahan hotel serta 12 unit kedai 2 tingkat dan 4 unit kedai 3 tingkat di atas lot 3543 Sungai Siput U, perak. Pemaju adalah Kumpulan MH Sdn. Bhd. Cadangan nama skim yang diberikan adalah MH SENTRAL, dengan mengambilkira nama syarikat iaitu MH. Dimaklumkan pembangunan terletak di pinggir jalan besar dan berhampiran dengan Pekan Sungai Siput U. Sehubungan dengan itu mohon ulasan dan pandangan terhadap cadangan nama skim iatu MH SENTRAL. Sekian, Terima Kasih MOHD NORULAMIN BIN AHMADMengikut struktur bahasa Melayu, penamaan yang betul ialah Sentral MH, bukan MH Sntral. Untuk pengesahan iklan dan penamaan bangunan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain02.07.2012
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMANUntuk penamaan  tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah  (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). Tatabahasa13.10.2011
Permohonan untuk semakan bahasa dan kelulusanSila layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk tujuan pengesahan iklan.Lain-lain12.09.2011
PERMOHONAN UNTUK MENGALIKSARA MANUSKRIP JAWI KE RUMI. MARDHIAH BINTI GHAZALLI JAWATAN : GURU BAHASA ARAB & AGAMA DI SMK SERI PAGI SEREMBAN. NO HP: 0129171685 NO I/C: 730214055010 ALAMAT: 9361 JALAN KEKWA 4, TAMAN GURU, SENAWANG, 70450, SEREMBAN, N.SEMBILAN. PENGALAMAN : TERLIBAT MENTERJEMAHKAN MANUSKRIP TAMING SARI BERSAMA EN. WAN AHMAD (PUSAKO MOYANG, SEREMBAN) DAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PENYELIDIK MANUSKRIP DARI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN.

Puan Mardhiah,

Terima kasih dan syabas kerana puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja mengalihaksara manuskrip jawi ke rumi. Untuk makluman puan Bhg. Dasar dan penyelidikan Sastera,DBP ada mengusahakan projek Transliterasi dan Analisis Naskhah. Setiap tahun pihak kami akan memilih naskhah-naskhah yang sesuai untuk ditransliterasi. Oleh itu sekiranya ada manuskrip yang telah dikenalpasti, pihak kami akan menghubungi puan.

Sekian. 

Lain-lain11.12.2010
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17/PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 bertaraf Sambilan untuk pengisian di DBP Cawangan Sabah dan Sarawak boleh dikemukakan sekarang. Dimaklumkan kami tidak mempunyai peruntukan jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S17 buat masa ini.Lain-lain09.05.2008
12345678910...

Kembali ke atas