| permohonan saya pada 27hb masih lagi dalam proses pengesahan walhal permohonan yang selepas nya telah diluluskan. | Untuk semakan iklan dengan lebih cepat, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9692/9500 (Puan Putri Aishah) | Lain-lain | 28.02.2017 |
| Selamat petang, saya nak tanya kalau papan ilkan kebanyakkan nya dalam bahasa inggeris, hanya dua perkataan sahaja dalam bahasa melayu. perlu ke saya hantar permohonan iklan? Pihak kami memerlukan pengesahan DBP untuk memohon elesen DBKL. saya sertakan gambar papan iklan untuk rujukan pihak tuan. | Nama yang berdaftar dengan SSM boleh digunakan, namun papan premis yang dihantar perlu beberapa pembetulan 1. Pembetulan pada alamat. a. No. (titik perlu untuk singkatan) b. Ejaan Block tukar kepada Blok 2. Alliance Property Advisory - Sekiranya telah berdaftar, sila nyatakan NO. SSM atau NO. TM (tanda dagang) pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk semakan dan rujukan kami (dalam sistem Sah Bahasa). Sekiranya belum Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). 3. Training Centre - Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). | Lain-lain | 06.12.2023 |
| SAYA PERLUKAN KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DARI DBP UNTUK MEMOHON LESEN KOMPOSIT. BAGAIMANA CARA NYA? | Sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 12.01.2018 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya adalah salah seorang pekerja di syarikat HH TECH ENGINEERING yang bertanggungjawab untuk pemasangan papan tanda rakan kongsi syarikat kami yang baharu. Setelah membuat permohonan mempamerkan papan tanda ke Majlis Perbandaran Seri Manjung, Perak mereka meminta untuk pihak saya membuat permohonan pengesahan bahasa bagi papan tanda tersebut. Apakah cara prosedur nya Puan? | Untuk pengesahan iklan, sila kemuakan lakaran visual iklan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Untuk pengguna baharu, sila daftar akaun terlebih dahulu dan setelah memperoleh kata laluan, masuk semula dalam sistem berkenaan dan pilih Daftar Iklan. | Lain-lain | 09.11.2017 |
| no telefon yang pihak dbp berikan itu semua nya tiada di dalam talian. yang akhir sekali no sambungan itu ialah no telefon hotel. sila segerakan masalah saya. dan lakukannya secara sistematik, sy boleh dihubungi di talian 0149034582 dan ini no pendaftaran iklan sy 23730/2015. sy perlukan kelulusan iklan saya dengan segera kerana saya ingin memohon lesen di majlis daerah. terima kasih | Permohonan tuan telah disemak dan diluluskan. | Lain-lain | 18.06.2015 |
| saya ingin mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang bahasa ataupun sastera. namun, bagaimanakah caranya? Siapakah yang perlu saya hubungi? | Kursus jangka pendek dalam bidang bahasa dan sastera yang dikendalikan oleh DBP hanya di peruntukkan untuk staf DBP.DBP mengendalikan program kursus berbayar jika ada permohonan dan permintaan dari jabatan luar dengan megendalikan sepenuh nya kursus secara pakej berdasarkan modul-modul kursus yang diperlukan oleh pelanggan.Setakat ini DBP belum menawarkan kursus kepada awam secara individu. | Lain-lain | 30.01.2008 |
| Assalamualiakum.. 1. Saya ingin membuat pertanyaan ini, apakah yang dimaksudkan dengan "penglobalan Bahasa Melayu melalui iklan". 2. Bagaimana dengan masalah penggunaan papan tanda/ iklan yang masih menggunakan sistem ejaan melayu lama, seperti; Sharikat Perusahaan Ah Leng. perkataan 'Sharikat' itu kini ejaan nya telah diubah kepada "Syarikat", tetapi pemilik itu tidak mengubah ejaan tersebut di papan tanda itu.Bagaimanakah DBP melihat/mengatasi masalah ini sekian, | Pengglobalan Bahasa Melayu melalui iklan, bermaksud proses menjadikan bahasa Melayu bersifat sejagat ialah melalui iklan. Oleh itu, setiap iklan mestilah betul bahasanya, baik dan berkesan. Masalah penggunaan iklan yang masih menggunakan ejaan lama tidak seharusnya timbul jika setiap pihak bertanggungjawan dan melalui prosedur yang betul dalam penamaan tempat, syarikat, bangunan, papan tanda dan sebagainya. Jika di Kuala Lumpur, setiap syarikat iklan mesti mengemukakan permohonan iklan kepada DBP terlebih dahulu untuk dibuat pengesahan bahasa yang digunakan dan setelah itu barulah dikemukakan kepada pihak DBKL. | Tatabahasa | 19.01.2010 |