Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permulaannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan guru besar harus ditulis dengan huruf besar pada permulaannya?Perkataan guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa11.07.2013
Perkataan guru besar harus ditulis dengan huruf bwsar pada permulaannya?Perkataan guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa11.07.2013
Salam. Bagaimana ejaan yang tepat untuk lailatul qadar? Adakah perlu dieja permulaannya dengan huruf besar - Lailatul Qadar? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "lailatulqadar".Ejaan10.06.2013
Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Merujuk kepada ayat di atas, kalau kita tulis karangan, pada permulaannya kita tulis ayat di atas, seterusnya kalau kita tulis di perenggan akhir ... Pengerusi PIBG menyampaikan pingat kepada pemenang-pemenang. Kita cuma tulis shortform PIBG, tidak perlu menulis sepenuhnya (Persatuan Ibubapa dan Guru), betulkah ?Ya, betul. Tidak perlu mengulangi perkataan tersebut.Tatabahasa14.07.2014
Saya pernah menjadi peserta penulisan kreatif JPS dan DBP pada 13 Mei 2011. Saya mempunyai koleksi cerpen dan puisi. Solaan saya: 1. Saya ingin menerbitkan karya-karya saya, sebagai bukti untuk mendorong pelajar-pelaar saya di sekolah, bagaimana langkah permulaannya?. 2. Beberapa karya saya yang diterbitkan di Berita Harian, bolehkah diterbitkan melalui DBP? Saya seorang guru di SAM(T) Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis,Saudara boleh menghantar karya sastera berupa sajak, cerpen dan lain-lain kepada Puan Rozninah Abd. Azib, Editor majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur melalui e-mel beliau: rozninah@dbp.gov.my atau Puan Puan Haziah Che Husin, Penolong Editor majalah Dewan Sastera melalui e-mel: haziah@dbp.gov.my. Untuk makluman saudara pihak penerbit yang telah menerbitkan sesuatu karya menjadi pemegang hak cipta karya berkenaan.  Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010. Lain-lain11.07.2011
Assalamualaikum saudara, Nama saya Mohd Ayub dan saya seorang pelajar Bahasa Inggeris di Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Saya sedang membuat kajian terhadap laman web Mukabuku dan saya ingin tahu bagaimana saya boleh terjemaahkan perkataan 'News Feed' yang sering digunakan oleh Mukabuku. Pada permulaannya, saya guna perkataan 'Berita Makanan', tapi jelas, itu bukan kata Bahasa Melayu yang tepat dan lazim digunakan. Pertolongan tuan amat dihargai, Sekian, Mohd Ayub bin Ladin Pelajar PhD Universiti Stevens York Baru Amerika SyarikatUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk News Feed. Walau bagaimanapun dalam bidang teknologi maklumat, istilah "feed" diterjemahkan sebagai suapan.   Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk news feed ialah suapan berita.Istilah10.04.2012
Tuan, Adakah perlu dimulakan surat "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas" terutama bagi surat jenis pemberitahuan yang umum. Dan adakah salah sekiranya ayat pembukan di atas tidak ditulis dalam surat rasmi Kerajaan sekiranya ianya tidak merujuk kepada mana-mana surat sebelum ini dan tidak mengubah isi/kandaungan surat tersebut. Contoh: SURAT PERGERAKAN GAJI TAHUN 2016 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panel Pembangunan Sumber Manusia yang bersidang......Permulaan surat rasmi tidak semestinya dimulakan dengan "Dengan segala hormatnya....".  Itu hanyalah bentuk sapaan hormat sahaja.  Permulaan surat dengan "Sukacita dimaklumkan bahawa...." boleh dibuat. Walau bagaimanapun sebaiknya tambah perkataan "dengan" sebagai permulaannya:  Dengan sukacitanya dumaklumkan bahawa...Lain-lain17.01.2017
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke?

Salam sejahtera,

Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah.

Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel.

Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar)

Ejaan04.11.2012

Kembali ke atas