Salam, Apakah terjemahan terbaik bagi ungkapan bahasa Inggeris berikut, "air breathing animal". Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "air breathing animal". Walau bagaimanpun, terdapat istilah "air breathing" yang padanan bahasa Melayunya ialah pernafasan udara. Oleh itu , istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah haiwan pernafasan udara. | Istilah | 12.03.2013 |
1) apakah ciri2 perbahas yg baik? 2) apakah perbezaan antara debat dan bahas? | Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Terima kasih. | Makna | 15.10.2008 |
1) apakah syarat-syarat perbahasan? 2) apakah kemahiran yg perlu ada pada seorang pembahas? 3) maksud berhujah dan membidas? 4) ciri-ciri hujah yang baik. | Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Mohon bercakap dengan Puan Maziena di talian 03 - 61964319.Terima kasih. | Makna | 20.10.2008 |