Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk kedudukan, tempat, pertalian kekeluargaan; ~ apa dia? apa pertaliannya denganmu?; ~ anak anak kepadaku (kepada­nya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pernah II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. (iii) Budak itu makan roti canai Ayat-ayat songsang yang manakah betul untuk ayat-ayat aktif yang terdapat di atas? (a) Meluluskan permohonan itu kami masih belum. (b) Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (c) Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (d) Memancing ikan kami sudah pernah di tepi sungai. (e) Roti canai budak itu makan.(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu.
Meluluskan permohonan itu kami masih belum.
Permohonan itu kami masih belum meluluskan.

(ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai.
Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah.

(iii) Budak itu makan roti canai. 
Roti canai budak itu makan.
 
Tatabahasa29.10.2015
merujuk kepada jawapan no.14, sekiranya saya beri contoh seperti berikut: I) saya TELAH belajar bahasa Melayu semalam. II) saya PERNAH belajar bahasa Melayu semalam. soalannya, tepatkah makna kedua-duanya?

Encik Ahmad Sabri,

Jika mengikut bahasa Melayunya, perkataan pernah dan telah adalah pengaruh bahasa Inggeris. Tanpa penggunaan kedua-dua perkataan itu memberi makna yang sama. Cuma dalam bahasa Melayu ia akan lebih jelas dan mudah jika gunakan, semalam saya belajar bahasa Melayu

 

Tatabahasa11.10.2010
Salam tuan/puan, Saya pernah mengajukan beberapa siri soalan tentang penggunaan kata sendi nama dalam ayat. Menurut tuan/puan baru-baru ini, Ayat yang betul ialah "Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?". Sebenarnya, saya pernah bertanya kepada PRPM juga tentang soalan yang hampir sama. Namun, jawapan yang diberikan berbeza pula. Menurut munsyi dalam soalan terdahulu, kata sendi nama 'di' dalam ayat seumpama itu tidak perlu diulang kerana penggunaannya yang pertama sudah menjelaskan maksud ayat. Jadi, ideologi munsyi yang manakah patut saya ikut? Atau sebenarnya ada formula khas lain? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah ‘Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat, dan tidak boleh digugurkan dalam satu ayat yang sama. Hal ini kerana, ayat tersebut dipecahkan, akan menjadi dua ayat, iaitu:

(i) Suresh mengulang kaji di rumah? dan (ii) Suresh mengulang kaji di sekolah?

Tatabahasa28.04.2014
Cikgu, Dr. Awang Sariyan dalam bukunya, Tuntunan Bahasa, pernah mengatakan bahawa "mahu" digunakan untuk menyatakan keinginan diri akibat ajakan orang lain; "hendak" digunakan untuk menyatakan keinginan diri tanpa ajakan orang lain. Benarkah adanya perbezaan ini?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.


Bagi aspek linguistik, buku Datuk Dr. Awang Sariyan boleh dijadikan sebagai panduan.
Tatabahasa08.03.2015
Saya ingin mendapatkan senarai bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP yang pernah berkhidmat untuk menyiapkan projek saya. Sekian, terima kasih.

Senarai bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP.

i.     YBhg Dato' Hassan Ibrahim

ii.    YBhg Dato Hj Jumaat Dato' Hj Mohd Noor

iii.   YBhg DAto' Baharuddin Zainal

iv.   YBhg Dato' Dr. Hjh Nik Safiah Abd Karim

v.    YBhg Dr FArid Onn

vi.   YBhg Tuan Haji Anuar Ayob

vii.  YBhg Tuan Haji Shaari Abdullah

viii. YBhg Tuan Haji Abu Bakar Mohamad.

Lain-lain13.12.2007
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TKi. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. 
ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan.  
iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu.
Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut.
Tatabahasa05.11.2014
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
Salam sejahtera..terlebih dahulu terima kasih atas jawapan-jawapan yang telah pihak DBP berikan terhadap persoalan-persoalan yang pernah saya kemukakan sebelum ini. Soalan saya mengenai golongan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang tidak mempunyai imbuhan. Adakah perkataan "makan" dan "minum" golongan kata kerja transitif? contohnya: i.Dia minum.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia minum air. iii. Dia minum di kantin. iii. Air diminumnya. (Adakah diminum bentuk pasif?) i.Dia makan.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia makan roti. iii. Dia makan di kafeteria. iv. Roti dimakannya. (Adakah dimakan itu pasif)Makan dan minum adalah kata kerja transitif. Ayat yang gramatis ialah 'Dia minum air' dan 'Dia makan nasi', kedua-dua ayat ini boleh dipasifkan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, diterangkan ada tiga bentuk ayat pasif, yang lazim diketahui ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 'di' dan 'ke' (lihat halaman 489). Jika ayat aktif boleh diikuti oleh keterangan, begitulah juga dengan ayat pasif, contohnya: Dia minum air di kantin (aktif) boleh diubah menjadi Air diminum olehnya di kantin (pasif), contoh yang lain Dia makan roti di kafetaria (aktif), boleh diubah menjadi Roti dimakan olehnya di kafetaria (pasif).Tatabahasa17.02.2011
Assalamualaikum. Tuan, dalam kertas mesyuarat saya pernah terjumpa frasa PERINGATAN MESYUARAT. Adakah maksudnya sama dengan MINIT MESYUARAT? Mana lebih tepat antara keduanya mengikut pandangan DBP?Adakah menjadi satu kesalahan gaya penulisan Minit mengikut stail tersendiri?Contohnya mengikut sistem penomboran contohnya Perkara 1 ada pecahan 1.2 atau dipecahkan lagi 1.2.1 dan sebagainya, atau mengikut turutan seperti sistem Jabatan Pelajaran dengan melabelkan Perkara I,II,III,IV sehingga seterusnya. Terima kasih Ismail Hashim-Baling Kedah

Peringatan Mesyuarat sama maksudnya dengan Minit Mesyuarat. Walau bagaimanapun Minit mesyuarat  lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan  catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dan sebagainya). Gaya penulisan Minit tidak semestinya sama antara semua organisasi. Minit mesyuarat DBP tidak sama 100 peratus dengan minit mesyuarat Kementerian Pelajaran, Intan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut: format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul).

Tatabahasa10.04.2011
Tuan yang bijaksana, Adakah perkataan "sekalipun" tergolong dalam kata sendi? Partikel "pun" pada "sekalipun" mesti dieja rapat. Bagaimana pula sekiranya ia menunjukkan bilangan. Contohnya: Sekalipun Abdul Rahman tidak merungut. (membawa maksud Abdul Rahman tidak pernah merungut) Dalam ayat di atas, adakah partikel pun perlu dirapatkan juga?Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk panduan.

Berdasarkan maksud ayat yang dinyatakan, ejaan sekali pun dieja terpisah.
Tatabahasa22.04.2013
12

Kembali ke atas