| Selamat pagi, pohon penjelasan untuk ayat arahan berikut. a. Pernahkah anda menjumpai tempat seperti dalam foto-foto berikut? Bincangkan dengan rakan anda punca-punca berlakunya keadaan berikut. atau b. Pernahkah anda melihat tempat seperti dalam foto-foto berikut? Bincangkan bersama rakan anda punca-punca berlakunya keadaan ini. Terima kasih. |
Lazimnya soalan peperiksaan berbentuk - Pernahkah anda melihat tempat seperti dalam foto-yang berikut? Bincangkan.
| Tatabahasa | 11.05.2014 |
| Apakah perbezaan antara imbuhan "di-" dan "ter-" untuk membentuk ayat pasif? Contohnya, "Pernahkah anda tertipu/ditipu oleh berita palsu yang sedang tular dalam laman sosial?" [Sumber: Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu MPSM Kelantan 2023] Mengapakah ditipu salah? | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan serta mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Dalam contoh ayat yang diberikan, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama “oleh” tidak boleh digugurkan. Maka, perkataan “ditipu” salah dalam contoh ayat tersebut. Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 489 – 493.
| Tatabahasa | 23.01.2024 |
| definisi kepada tulisan. kenapa perlu kita gunakan bahasa indonesia untuk membuat kajian? | Saudara, Perkataan tulisan bermaksud 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambarkan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Mohon penjelasan lanjut tentang pertanyaan kedua saudara. Setahu kami kajian boleh dibuat menggunakan apa-apa bahasa mengikut kesesuaian dan keperluan. | Lain-lain | 08.10.2009 |
| pertanyaan 1: perbezaan tidak pernah dan belum pernah contoh soalan: pernah kamu makan sate? contoh jawapan negatif: saya tidak pernah atau saya belum pernah saya ingin tahu mana satu betul, tidak pernah atau belum pernah pertanyaan 2: contoh soalan: pernah kamu pergi ke pasar malam? bolehkan perkataan pergi diabaikan? adaka | Jawapan 1: Kedua-dua perkataan "tidak pernah" dan "belum pernah" boleh digunakan dalam ayat ini. Dalam konteks ayat ini, "tidak pernah" merujuk kepada penafian manakala "belum pernah" bermaksud belum berlaku. Jawapan 2: Ayat yang betul ialah "Pernahkah kamu pergi ke pasar malam?" Perkataan "pergi" boleh digugurkan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 13.04.2023 |