Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan, Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
Salam, berikan sebab atau alasan tatabahasa (sekiranya) dua ayat berikut tidak gramatis. Terima kasih. (1) Sehubungan dengan penaakulan teoretis— yang berkait rapat dengan pernyataan-pernyataan deklaratif— kebenarannya adalah bahawa terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang Tuhan. (2) Sebab penjelasan ini lemah adalah bahawa tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya. | Cadangan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa ialah: 1. Sehubungan dengan penaakulan teoretis yang berkait rapat dengan pernyataan deklaratif, kebenarannya terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang tuhan. 2. Penjelasan ini lemah kerana tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya. | Tatabahasa | 04.06.2022 |
Apakah ejaan yang tepat bagi "pernyataan masalah" adakah "pernyataan " atau "penyataan" Mohon pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih Ismail Sulaiman 0139359026 | Menurut data kami, perkataan pernyataan merujuk 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman; 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Manakala penyataan merujuk perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya. Pada pandangan kami, istilah yang lebih tepat merujuk pada soalan tersebut ialah pernyataan. | Makna | 29.11.2016 |
Berikut, manakah penggunaan yang betul 1. Pernyataan Polisi 2. Penyataan Polisi 3. Pernyataan Dasar 4. Penyataan Dasar | Pernyataan bermakna pengumuman, pemberitahuan atau pemakluman; manakala penyataan pula bermakna perbuatan menyatakan (melahirkan, dll). Dalam contoh frasa yang diberikan, penggunaan yang sesuai ialah pernyataan. | Tatabahasa | 28.03.2018 |
Pernyataan manakah yang betul? 1. Mutid-murid bertugas mengikut jadual di kelas. 2. Murid-murid bertugas di kelas mengikut jadual. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 13.12.2023 |
Pernyataan ini berkaitan dgn bidang penyelidikan pendidikan ... Creswell & Clark (2007) ada menulis "the embedded nature of this approach can be indicated with the notation QUAN (qual). The qualitative data played a subservient role within the larger quantitative metholodogy" Persoalannya sekarang, adakah tepat sekiranya saya terjemahkan QUAN (qual) pada KUAN (kuali). Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "KUAN" dan "kuali" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan tersebut mesti dieja penuh , iaitu Kuantitatif dan Kualitatif. | Istilah | 03.12.2013 |
apakah beza pernyataan masalah dan penyataan masalah | Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) kata pernyataan dan penyataan mempunyai makna yang bebeza. Pernyataan ialah kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Contoh ayat: Berikan tiga hujah untuk menyokong pernyataan ini.• Dia didakwa kerana membuat pernyataan palsu dalam laporan tahunan syarikat.• Dalam pernyataan itu, semua negara perlu mengambil bahagian dalam penghijauan dunia melalui penanaman pokok dan pemeliharaan pokok. Penyataan pula ialah perbuatan atau hal menyatakan sesuatu. Contoh ayat: Mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi memberi masa kedua-dua pihak membuat penyataan balas masing-masing.•Penyataan yang benar lahir daripada kejernihan fikiran dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara. Oleh itu, pernyataan masalah lebih tepat untuk digunakan. | Makna | 20.04.2025 |
Apakah beza pernyataan masalah dengan penyataan masalah? | Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) kata pernyataan dan penyataan mempunyai makna yang bebeza. Pernyataan ialah kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Contoh ayat: Berikan tiga hujah untuk menyokong pernyataan ini.• Dia didakwa kerana membuat pernyataan palsu dalam laporan tahunan syarikat.• Dalam pernyataan itu, semua negara perlu mengambil bahagian dalam penghijauan dunia melalui penanaman pokok dan pemeliharaan pokok. Penyataan pula ialah perbuatan atau hal menyatakan sesuatu. Contoh ayat: Mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi memberi masa kedua-dua pihak membuat penyataan balas masing-masing.•Penyataan yang benar lahir daripada kejernihan fikiran dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara. Oleh itu, pernyataan masalah lebih tepat untuk digunakan. | Makna | 20.04.2025 |
bagaimanakah cara penggunaan perkataan pernyataan dan penyataan yang betul dalam sesuatu ayat? Contoh : 1. Manakah antara berikut menerangkan "penyataan atau pernyataan" di atas? 2. Berikut adalah nombor dan pernyataan atau penyataan" aktiviti kerja. | Kedua- dua ayat berikut adalah betul penggunaannya mengikut konteks (sekiranya ayat pertanyaan perlu tanda soal (?), dan sekiranya sebagai ayat penyata biasa (tidak perlu tanda soal). 1. Manakah antara berikut menerangkan "penyataan atau pernyataan" di atas? 2. Berikut adalah nombor dan pernyataan atau penyataan" aktiviti kerja. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
apa beza pernyataan dan penyataan? | Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) kata pernyataan dan penyataan mempunyai makna yang bebeza. Pernyataan ialah kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Contoh ayat: Berikan tiga hujah untuk menyokong pernyataan ini.• Dia didakwa kerana membuat pernyataan palsu dalam laporan tahunan syarikat.• Dalam pernyataan itu, semua negara perlu mengambil bahagian dalam penghijauan dunia melalui penanaman pokok dan pemeliharaan pokok. Penyataan pula ialah perbuatan atau hal menyatakan sesuatu. Contoh ayat: Mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi memberi masa kedua-dua pihak membuat penyataan balas masing-masing.•Penyataan yang benar lahir daripada kejernihan fikiran dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara. | Makna | 20.04.2025 |