Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ro.lé.han]/[per.o.lé.han] | ڤراوليهن

Definisi : sesuatu (barang, hasil, dll) yg di­peroleh: ~ padi tahun ini lebih baik drpd tahun lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ro.lé.han]/[per.o.lé.han] | ڤراوليهن

Definisi : 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal ber­­­­oleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Peribahasa

Tamak hilang malu,
     loba dapat kebiasaan.

Bermaksud :

Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi sistem perolehan kerajaan? sekian, terima kasihSaudara perlu mengenal pasti sistem perolehan kerajaan yang dimaksudkan, konsep dan bidangnya.Lain-lain04.06.2010
sukukSIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH.Istilah22.10.2010
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih.1. Bengkel Perolehan Manuskrip
2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol.
Tatabahasa05.03.2013
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih.Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
Hi, apakah padanan untuk "Procure-to-Pay" dan "Procurement-to-Payment"?Perolehan untuk pembayaran.Penyemakan dan penterjemahan17.10.2007
makna "recall loan securities"Padanan recall loan security dalam bahasa Melayu ialah perolehan kembali cagaran pinjaman.Penyemakan dan penterjemahan24.11.2010
Saya ingin mengetahui maksud istidah "e" atau "i" yang sering diletakkan dihadapan sesuatu perkataan. Contohnya, e-dagang, e-perolehan, i-resort. Saya terlihat satu iklan projek perumahan yang yang bernama Selesa Apartment dan kemudiannya semasa projek tersebut giat dibangunkan oleh pemaju tersebut, iklan kedua projek tersebut ditukarkan ke nama baru Selesa 'i-Resort' Apartment. Apa pandangan atau yang difahami oleh pihak tuan terhadap kualiti kemudahan yang terdapat (disediakan) di apartment tersebut dan apa yang dimaksudkan dengan i-Resort tersebut.. Terima kasih.Maksud "e" di awal perkataan tersebut ialah "elektronik" Bagi "i" di awal perkataan, diharap pihak saudara boleh menghubungi pihak resort yang berkenaan.Tatabahasa12.12.2007
adakah perkataan "skin" (bermaksud kulit) dalam bahasa inggeris telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? seorang guru yang berkursus telah memaklumkan bahawa perkataan "skin" telah digunakan dalam bahasa Melayu (perolehan daripada sumber DBP).Untuk makluman, perkataan bahasa Inggeris "skin" tidak pernah dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "skin" ialah kulit.Istilah11.10.2013
apakah (integrated social feeds) di dalam Bahasa Malaysia?Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk integrated social feeds dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perolehan sumber sosial bersepadu.Istilah04.07.2011
Tugas Pengawai Perancang Bahasa.Pegawai Perancang Bahasa adalah nama jawatan yang wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka dan mungkin di jabatan-jabatan lain selain DBP. Tugasnya bergantung kepada di mana seseorang pegawai itu diletakkan. Sekiranya di Jabatan Penerbitan (DBP) tugasnya mungkin berkaitan dengan penyuntingan perolehan dsb. Sekiranya diletakkan di Jabatan Bahasa (DBP) bergantung pula di bahagian mana. Contohnya di Bahagian Penyelidikan Bahasa, tugas PPB ialah membuat penyelidikan apa yang berkaitan dengan bahasa (Melayu). Contohnya kajian dialek daerah, kajian leksikal, kajian kata serapan dsb. Sekiranya di Jabatan Sastera, maka berlainan pula tugasnya. Harap maklum.Lain-lain12.11.2008
123

Kembali ke atas