Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perolehi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa kata sendi `oleh` tidak boleh menerima akhiran`i` contohnya `memperolehi`, `perolehi`Mengapa kata sendi `oleh` tidak boleh menerima akhiran`i` contohnya `memperolehi`, `perolehi`
Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja  wujud hanya dalam satu bentuk iaitu memper-.  Dalam bahasa Melayu bentuk biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Namun dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif. memper- + oleh = memperoleh (ayat aktif) dan diper- + oleh = diperoleh (ayat pasif).
Tatabahasa23.01.2014
Saya kurang faham perbezaan penggunaan perkataan PEROLEH dan PEROLEHI. Harap dapat penjelasan daripada pihak Tuan/Puan. Sila juga beri beberapa ayat contoh di mana kedua dua perkatan tersebut dapat dipraktikan. SALAM SEJAHTERA.Perkataan yang betul ialah peroleh (tidak ada kata perolehi), contohnya: Karmin adalah pigmen berwarna merah yang di­peroleh daripada sejenis serangga.Tatabahasa01.11.2010
1) peroleh atau perolehi 2) Tambahbaik atau tambah baikEjaan yang betul ialah peroleh dan tambah baik.Tatabahasa11.03.2014
Salam sejahtera, Bagaimanakah kaedah untuk saya perolehi ebook yang bertajuk Atlas Budaya Islam? Saya lampirkan informasi berkaitan ebook tersebut.Salam sejahtera, Untuk maklumam, carian dan pembelian buku secara e-Book DBP boleh diperolehi melalui aplikasi e-Sentral. Sekian, terima kasih.Lain-lain08.04.2020
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam puan,

Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek.

Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif.

Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas.
Tatabahasa25.01.2018
kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita perolehi/memperoleh dengan orang lain.Ayat yang betul ialah kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita peroleh daripada orang lain.Tatabahasa03.05.2009
Apakah makna kominiti bahasa ? Dari sumber buku mana saya boleh perolehi ? Lo Khi Nyen Saya cari dalam kamus online tidak dapat membantu. Terima kasih

Encik Abd. Rahman, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Secara umumnya komuniti bahasa ialah sesuatu bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Namun untuk makluman lebih lanjut Encik bolehlah merujuk buku-buku yang berkaitan bahasa yang ditulis oleh pakar bahasa kita. 

Makna14.01.2009
MANUFACTURING OF ENGINEERED SEALING SOLUTIONS - PERUSAHAAN KEJURUTERAAN ........ MINTA TOLONG TERJEMAHKAN MAKSUD SEALING SOLUTIONS. Terjemahan yang saya perolehi adalah pengedap tetapi ianya tidak menepati maksud perniagaan yang kami jalankan. Dibawah adalah penjelasan apa itu sealing solutions. Kilang ini menjalankan aktiviti mengilang produk Rubber Seal, Rubber Packer, Injectable Seal Compound/Sticks, Tooling and Machining PartsKami sarankan tuan/puan ajukan soalan ini terus ke Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat terjemahan secara literal bagi perkataan "sealing" ialah "Pengedap, Penyelakan, Pemateri dan Adangan".Penyemakan dan penterjemahan21.10.2014
Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Tuan perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengaetahui selok belok penerbitan baharulah tuan menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

Lain-lain23.07.2009
Assalamualaikum dann salam sejahtera, saya seorang mahasiswa kejuruteraan, boleh ke saya nak bekerja di DBP dengan sarjana muda yang saya perolehi? Saya tau soalan ini tidak kaitan dengan bahasa, harap dapat jawapan dari pihak DBP. Terima kasih. Emel saya adalah mamin1996@yahoo.com. :)Salam sejahtera, Permohonan kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka Untuk makluman, saudara boleh memohon kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, saudara perlu menunggu iklan jawatan kosong yang dikeluarkan oleh pihak DBP melalui laman sesawang rasmi DBP, iaitu:- lamanweb.dbp.gov.my, dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.Lain-lain02.07.2020
123

Kembali ke atas