SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH. | Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Maaf, Yang mana yang betul 1. Kedua-dua orang perompak atau 2. edua-dua perompak | Yang betul dari segi tatabahasa ialah kedua-dua orang perompak kerana terdapat penjodoh bilangan "orang" bagi perompak. | Tatabahasa | 21.02.2009 |
Puan, Apakah perbezaan antara " memperhebat" dengan " menghebatkan"? Tolong berikan ayat contoh. Terima kasih. | Menghebatkan: menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah menghebatkan usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. Memperhebat: menjadikan lebih hebat: Polis sedang memperhebat kegiatan mencari perompak-perompak itu. | Makna | 06.03.2013 |
perompak tertangkap juga akhirnya. (tuan adakah ayat ini betul? bagi pandangan saya, ayat ini tergantung..sepatutnya perompak itu tertangkap juga akhirnya.) | Pendapat saudara adalah betul, ayat yang gramatis ialah "Perompak itu tertangkap juga akhirnya". | Tatabahasa | 28.07.2011 |
Apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan berikut? Mengapa? Polis berjaya memberkas _________ perompak bank itu. A) tiga B) ketiga-tiga C) ketiga D) bertiga Terima kasih. | Polis berjaya memberkas ketiga-tiga perompak bank itu. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
1. Apakah perbezaan antara "menemui"dengan "menemukan"?Saya sering terkeliru oleh kedua-dua perkataan tersebut?Bagaimanakah pula saya hendak mengaplikasikan perkataan ini dalam suatu ayat? 2. Selepas perkataan "terpesona", haruskah saya letakkan perkataan "oleh" atau "dengan'?atau pilihan lain? Adakah peraturan ini digunakan pada semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan "ter-.."? Terima kasih..(",) | 1. Kata kerja menemui membawa banyak makna antaranya ialah "bertemu dengan", seperti dalam contoh ayat "Aku pergi menemui seorang guru pelatih", dan menemui juga boleh membawa makna yan sama dengan menemukan, iaitu "berjumpa dengan sesuatu yang dicari", seperti dalam contoh ayat "Polis kemudiannya telah menemui/menemukan kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut. 2. Terpesona membawa maksud: 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi), 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati. kata terpesona boleh diikuti oleh atau dengan mengikut kesesuaian maknanya. Peraturan ini tidak terikat pada kata kerja yang mengandungi awalan ter-. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa, halaman 170-175. | Tatabahasa | 14.07.2009 |
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih. | 1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. 2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Kesemua yang berikut mengandungi kata kerja pasif kecuali A Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi. B Latihan karangan kamu sudah saya semak. C Perompak bank itu kena tembak ketika sedang melarikan diri. D Lori tangki itu terlanggar lembu ketika membelok ke arah stesen minyak. | Ayat berikut bukan ayat pasif; A. Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi.
| Tatabahasa | 17.10.2013 |
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih. | Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah; 1. melaksanakan tanggungjawab 2. tidak berasa gerun 3. menguatkan diri 4. agak gugup. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
DBP, Bersama-sama emel ini saya sertakan masalah saya tentang penggunaan kata kerja transitif dan penggunaan kata bilangan himpunan. | 1. Kata kerja transitif boleh diikuti oleh objek yang menjadi menyambutnya sama ada kata nama atau frasa nama. Dalam ayat ini menyerahkan (kata kerja transitif) + objek (segala harapannya - frasa nama). 2. Kedua-dua ayat tersebut adalah gramatis, ayat pertama menggunakan penjodoh bilangan (Keempat-empat orang perompak itu kena tangkap polis) dan ayat kedua tidak menggunakan penjodoh bilangan (Keempat-empat perompak itu kena tangkap polis) . | Tatabahasa | 12.05.2011 |