Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Apakah perkembangan dan peranannya? | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa alat perpaduan oleh Jemat Anis Dewan Masyarakat 01/06/1996. 2. Bahasa Melayu jambatan perpaduan oleh F. P. Chew Dewan Bahasa 01/01/2004. 3. Isu bahasa dan perpaduan oleh Kamarulnizam Abdullah Massa 24/08/2002 . 4. Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan oleh Khemlani-David, Maya. Jurnal Dewan Bahasa 01/10/1992 . 5. Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid Dewan Bahasa 01/10/2002. 6. Bahasa Perpaduan melalui media penyiaran oleh Lim Swee Tin Dewan Bahasa 01/05/2007. | Lain-lain | 24.07.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa,perpaduan dan bahasa rojak? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Bahasa perpaduan merujuk bahasa yang dapat menyatukan pelbagai bangsa dan etnik dalam sesuatu negara. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa perpaduan bagi kita di Malaysia Manakala bahasa rojak ialah bahasa yang semasa dituturkan dicampuradukkan, iaitu dalam masa seseorang itu bercakap atau berucap dicampuradukkan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau bahasabahasa lain. Sepatutnya semasa bertutur seseorang itu perlu menumpukan percakapannya dalam satu bahasa sahaja. Terima kasih. | Makna | 01.12.2009 |
Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi. | Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. | Makna | 08.07.2007 |
Salam Perpaduan, 1. Apakah terjemahan yang tepat bagi program "My Beautiful Malaysia"? 2. Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam Bagaimanakah cara untuk menentukan penggunaan kata nama am atau kata nama khas bagi contoh di atas? 3) Apakah beza sempang dan sengkang? 4) Bilakah kita perlu menggunakan satu tanda petik dan dua tanda petik? Terima kasih. | 1. Program My Beautiful Malaysia belum mempunyai terjemahan yang khusus dalam data PRPM. Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah Malaysiaku Permai. 2. Bagi ejaan yang dinyatakan dan cara hendak menentukan ejaan kata nama am atau kata nama khas, kami akan merujuk pakar bahasa dan akan memaklumkan kepada saudara kemudian. 3. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sempang dan sengkang boleh merujuk simbol yang digunakan dalam kata hubung. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut ada makna lain yang tidak boleh disamakan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my . 4. Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (" "). | Tatabahasa | 07.02.2013 |
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih! | Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING. | Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Lain-lain | 19.05.2011 |
salam perpaduan,Minta pembetulan ayat berikut" di sini ada jual tiub motor dan menampal tiub". | Jika untuk nama kedai penamaan yang betul ialah "Kedai Tiub Motor" dan untuk keterangan tambahan di bawahnya "Menjual dan menampal tiub motor" | Tatabahasa | 03.04.2011 |
salam perpaduan ada 2 soalan 1. ejaan sebenar bagi guru besar, huruf besar atau huruf kecil untuk "g" dan "b" 1. mana lebih betul " mengenai " atau " tentang " contoh ayat..... Mereka berbincang tentang salah laku murid di sekolah../ Mereka berbincang mengenai salah laku murid di sekolah. | Saudara, Perkataan guru besar dieja dengan huruf kecil apabila digunakan dalam konteks umum. Walau bagaimanapun, perkataan ini boleh dieja dengan huruf besar dalam konteks khusus apabila merujuk kepada guru besar tertentu. Dalam hal ini kedua-duanya diterima dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.08.2010 |
salam Perpaduan.. Saya Munira. Cuma nak bertanya penggunaan bahasa contohnya Bola jika kita baling adakah penggunaan yang sesuai lantun ke atau pantul. Sekian. Terima kasih. | Bola jika dibaling boleh melantun atau memantul, kerana melantun bermaksud membuang balik; atau memantul: Bola getah itu melantun/memantul apabila dilemparkan ke tanah. | Tatabahasa | 17.06.2010 |
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berhasrat untuk mencetak semula Buku Panduan Kelab Rukun Negara yang dibuat oleh Jabatan. Di dalamnya ada terkandung Kata Aluan dari Menteri pada masa itu, tetapi sekarang Menteri telahpun bertukar. Persoalan saya, adakah perlu Kata Aluan dari Menteri yang baru atau mengekalkan sahaja Kata Aluan Menteri yang terdahulu. Terima kasih. | Bagi naskhah cetak ulang, isi kandungan buku asal perlu dikekalkan termasuk kata alu-aluan menteri terdahulu. | Lain-lain | 16.09.2009 |