Tuan ayat mana yang betul? 1) Kebanyakan penduduk daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. 2) Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. | Tatabahasa | 06.06.2012 |
Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar? | Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7. Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara. Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka. | Lain-lain | 15.05.2010 |
Kisah kemasyhuran Kesultanan Melaka yang diceritakan oleh Tuan Perpatih Putih telah berjaya ‘menarik hati’ Maharaja China. Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan rangkai kata ‘menarik hati’? A. Meyakinkan B. mempersonakan | Jawapan yang betul ialah mempesonakan. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
"undang-undang adat" dan "undang-undang rimba" adakah huruf depannya huruf besar? | Selamat pagi. Huruf awal/depan bagi "undang-undang adat" dan "undang-undang rimba" bergantung kepada ayat tersebut sama ada kata nama khas atau kata am. Contoh undang-undang adat diletak huruf kecil sebab bukan kata nama khas. Jika undang-undang adat perpatih diletak huruf besar, iaitu Undang-undang Adat Perpatih kerana merupakan kata nama khas. | Tatabahasa | 08.09.2016 |
Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih. | Puan Jeannet, Makna 'relevan' ialah berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan. Kamus Inggeris Melayu Dewan. (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan. | Makna | 18.01.2010 |
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih. | 1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum. | Tatabahasa | 20.06.2008 |