Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pi.sa.han] | ڤرڤيسهن

Definisi : 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyata­kan selamat berpisah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pi.sa.han] | ڤرڤيسهن

Definisi : hal berpisah: Mati merupakan ~ antara jasad dgn roh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf"yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf" 
Ayat yang betul ialah "Majlis perpisahan untuk tiga orang staf". Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; "Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sahaja".  Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama "untuk" sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu).
Tatabahasa23.01.2014
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih.

a) persekolahan 
    hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

    penyekolahan
        
perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan.

b) perpisahan
hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh.

    pemisahan
hal atau perbuatan memisahkan:  Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya.

c) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

    penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

 

Tatabahasa05.03.2013
Kastam Diraja Malaysia, WPKL akan mengadakan majis perisytiharan perpisahan di antara KDRM, KLIA dan KDRM, WPKL. Mohon pandangan pihak tuan mengenai penggunaan istilah pengisytiharan dan perisytiharan, apakah perbezaan dan dalam keadaan bila ianya sesuai digunakan.Kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih.Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: contohnya; mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisyitiharan kemerdekaan; manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman. Melihat kepada maksud kedua-dua perkataan tersebut dan contoh yang diberi, maka istilah yang paling sesuai ialah perisytiharan.Istilah12.03.2009
Saya ada melakukan kajian mengenai karya novel yang mengisahkan perpisahan dalam sebuah keluarga yang akhirnya bertemu semula.Saya juga ingin mencari peribahasa atau bidalan yang sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut. Oleh itu saya ingin bertanya mengenai peribahasa atau bidalan yang sesuai selain "air dicincang tidak akan putus"Peribahasa lain yang sama maksud ialah carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Harap maklum.Lain-lain29.05.2008
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih.Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga.Tatabahasa15.05.2013
Tuan, Saya ingin tahu, adakah merujuk semula hanya boleh digunakan dalam situasi suami isteri yang beragama Islam saja? Kita melalui perpisahan dan merujuk semula. Terima kasih.Rujuk bermaksud berusaha supaya pasangan yg bercerai itu kembali bersama semula dalam perkahwinan. Hal ini berlaku kepada mana-mana pasangan yang berkahwin dan tidak semestinya beragama Islam. Rujuk juga bermaksud mengahwini bekas isteri semasa masih dalam idah. Dalam konteks ini, istilah rujuk khusus digunakan dalam perkahwinan pasangan beragama Islam.Istilah29.06.2020
Tuan, Saya ingin tahu, adakah merujuk semula hanya boleh digunakan dalam situasi suami isteri yang beragama Islam saja? Kita melalui perpisahan dan merujuk semula. Terima kasih.

 "Merujuk semula"  untuk maksud  kembali  (berkahwin) dgn isteri yang sudah diceraikan   tidak dikhususkan untuk suami isteri yang beragama islam sahaja. 
Lain-lain25.06.2020
Apakah beza antara 'perceraian' dengan penceraian?
  • perceraian

    1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);
  • penceraian

    perihal (perbuatan) menceraikan.
  • Diharap maklumat di atas dapat membezakan kedua-dua makna kata terbitan tersebut.

    Tatabahasa12.04.2008
    Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruanMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;Lain-lain12.06.2010
    assalamualaikum... pertanyaan saya tentang istilah widak dan wadak - menurut kamus Perdana, haji widak bukan haji wadak tetapi tawaf menggunakan wadak - widak dan wadak - apakah bezanya? Mana satukah yg hendak digunakan? Bukankah kedua-dua istilah itu merujuk kpd makna yg satu, iaitu perpisahan. saya sedang menyelenggarakan projek terjemahan hadith sahih muslim. saya perlu menyeragamkan penggunaan istilah widak/wadak utk haji dan tawaf. adakah saya perlu menggunakan istilah wadak utk haji dan tawaf atau widak? mohon maklum balas segera. terima kasih.Keputusan terkini ialah widak dirujuksilangkan kepada wadak seperti dalam frasa "tawaf wadak" atau "tawaf berpisah" dan "khutbah wadak" atau "khutbah terakhir". Frasa  "haji widak" atau "haji perpisahan" perlu diselaraskan/dibetulkan menjadi haji wadak. Hal ini bermakna ejaan/kata yang tepat ialah wadak.Ejaan28.06.2023
    12

    Kembali ke atas