Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persada 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan pengesahan untuk terjemahan beberapa perkataan/frasa: 1) persada - dalam konteks "persada seni", adakah pengertiannya lebih kepada industri seni secara amnya atau wadah yang digunakan dalam industri seni? 2) truthful knowledge - ilmu sahih, adakah terjemahan ini tepat, atau pun padanan dalam bahasa Inggeris lebih tepat "valid knowledge"? 3) spiritual struggle - jihad kerohanian, bolehkah istilah ini digunakan dalam konteks keagamaan?Berikut merupakan jawapan untuk soalan-soalan yang dinyatakan:

1. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "persada" bermaksud bidang yang diceburi. Oleh itu, persada seni bermakna bidang seni.

2. Padanan bahasa Melayu untuk "truthful knowledge" ialah ilmu sebenar.

3. Padanan bahasa Melayu untuk "spiritual struggle" ialah perjuangan kerohanian. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Lain-lain03.06.2022
Tuan Munsyi: 1.di persada dunia betul atau pada persada dunia?Mengapa?

Di persada dunia betul kerana persada bermakna tempat dan penggunaan di adalah untuk tempat.
Tatabahasa30.08.2016
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. Mobile payment market - pasaran pembayaran bimbit @ mudah alih ? 2. intelligent container terminal - pelabuhan/terminal kontena pintar? 3. State Council – Majlis negeri @ Dewan negeri? 4. real estate bubble – buih hartanah? 5. shadow banking – perbankan bayang? 6. community of shared destiny for mankind “komuniti / masyarakat yang berkongsi nasib/ berkongsi masa depan”? 7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong? 8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik? 9. Sinicization of Marxism – Marxisme yang dichinakan? 10. high-end forum – Forum Kemuncak @ atasan? 11. Internert of everything - Internet untuk segala-galanya @ internet pelbagai benda? 12. movable cultural relics – relik budaya boleh alih? 13. Kawasan yang paling kering – kutub kering? 14. Kawasan yang paling banyak hujan- kutub hujan? 15. Slave society - masyarakat perhambaan @ masyarakat keabdian? 16. Semi-colonial– separa kolonial @ separuh colonial 17. 10 titik peratusan = 10 %? 18. going global = melangkah ke persada global? Sekian, terima kasih.

A. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:  

1. Mobile payment market – pasaran pembayaran mudah alih

2. intelligent container terminal - terminal kontena pintar

3. State Council – Majlis Negara

4. real estate bubble – gelembung hartanah

5. shadow banking – perbankan bayangan

6. community of shared destiny for mankind-komuniti yang berkongsi masa depan manusia

7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong

8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik/gelang tergantung

9. high-end forum – Forum kemuncak atau forum atasan

10. Internert of everything - internet segala-galanya

11. movable cultural relics – relik budaya boleh alih

12. Slave society - masyarakat hamba

13. Semi-colonial– separa koloni

  

B. Mohon berikan istilah sumber dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan tersebut mengikut konteks ayat.

1. Kawasan yang paling kering

2. Kawasan yang paling banyak hujan

3. Sinicization of Marxism

4. going global

 

C. Maksud bagi 10 titik peratusan ialah kenaikan dari 10% ke 11%

Makna22.05.2021
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasihCadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit.Lain-lain26.02.2008
Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai penggerak utama pembangunan ekonomi negara. pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara agar dapat berdayasaing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterunya mendapat status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.1" id="ctl00_contentPlaceHolder_dgCarian" style="width: 666px;">
Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas.
Lain-lain01.12.2020

Kembali ke atas