Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persamaannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berkaitan dengan carian peribahasa ukur baju di badan sendiri. Persamaannya dalam bahasa Inggeris mengandungi kesalahan ejaan. Stretch your arm no further than your sleeve will reachSekian, terima kasihKami maklum berkenaan kesalahan ejaan 'Stretch' yang dieja 'Strech dan ejaan 'sleeve' yang dieja 'slave'. Terima kasih.Lain-lain28.04.2021
perbezaan " mengerang,merintih, mengeluh" ?Untuk makluman, di bawah merupakan maksud bagi ketiga-tiga makna perkataan tersebut dan perbezaan dan persamaannya boleh dilihat berdasarkan maksud yang diberikan.

Mengerang:
1. Mengeluh kerana kesakitan dan lain-lain lagi
2. Mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dan lain-lain.

Merintih:
1. Mengerang (kerana kesakitan dan lain-lain), mengaduh, mengeluh
2. Melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah 
3. Sedih, pilu (suara)

Mengeluh:
1. Melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dan sebagainya), berkeluh-kesah, merintih
Makna28.06.2016
Apa beza suku, kaum, puak, bangsa?Tuan boleh menyemak makna kata-kata tersebut di prpm.dbp.gov.my atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh perbezaan atau persamaannya.Makna23.09.2024
A. Saya pelajar Universiti Fatonni mahu bertanya tentang makna dalam bahasa Melayu , perkataan Antara."Antara" ialah kata sendi nama yang menunjukkan perbandingan. Contohnya "Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya."Istilah07.04.2015
Apakah perbezaan antara pucuk dan laras (penjodoh bilangan)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain). Laras ialah penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk. Oleh itu, persamaannya ialah kedua-duanya boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk senjata api.Makna26.07.2011
Apakah beza di antara perkataan perbandingan dan perbezaan?

Assalamualaikum, 

Perkataan perbandingan bermaksud (Kamus Dewan Perdana, 2020: hlm. 197):

1. hal meneliti dua benda atau orang untuk melihat atau mengetahui perbezaan dan persamaannya
- Contoh ayat - Jadual 11 menunjukkan perbandingan penduduk di Malaysia dan negara ASEAN lain.


Perkataan perbezaan bermaksud (Kamus Dewan Perdana, 2020: hlm. 282 - 283):

1. sifat atau keadaan yang berbeza
 Contoh ayat - Pertengkaran itu berpunca daripada perbezaan pendapat.

2. kadar atau ukuran yang menjadikan benda, sifat dan lain-lain berbeza dengan yang lain
 Contoh ayat - Bayi kembar itu lahir dengan perbezaan masa satu minit.

Berdasarkan makna dan contoh yang diberikan, perkataan perbandingan digunakan untuk meneliti dua benda atau orang untuk mencari perbezaan dan persamaan, manakala perkataan perbezaan digunakan untuk menentukan kelainan bagi sesuatu sifat, keadaan, benda dan lain-lain.

Terima kasih.

Makna20.04.2025
(i) Bolehkah kata sendi 'antara' digunakan untuk memulakan sesuatu ayat? Misalnya: Antara punca gejala sosial ialah ... (ii) Boleh kata nama selepas kata sendi 'antara' boleh digandakan? Misalnya: Antara faktor-faktor gejala sosial ialah ... Sekian.

1. Kata sendi nama antara boleh digunakan di pangkal ayat, contohnya Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

2. Kata nama yang menunjukkan jamak selepas kata sendi nama antara boleh digandakan.   

Tatabahasa04.03.2010
AYAT: Mampukah cinta tercipta antara dua dunia? (situasi: percintaan antara dua individu yang berbeza latar belakang) - SOALAN: penggunaan "antara" atau "di antara" yang betul?

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya.

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya

Mampukah cinta tercipta antara dua dunia?- TEPAT

Tatabahasa03.10.2012
salam. 1. apakah perbezaan "di antara" / "antara" 2. bagaimanakah caranya bagi mengenalpasti penggunaan "di antara"/ "antara" yang tepat di dalam sistem ayat bahasa melayu?

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya.

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya.

Tatabahasa23.03.2012
Apakah perbezaan antara "antara"dengan "di antara"?

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya

Tatabahasa26.05.2011
12

Kembali ke atas