Adakah DBP menjalankan perkhidmatan terjemahan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia? Adakah institusi yang menjalankan khidmat tersebut? | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menjalankan sebarang khidmat penterjemahan. Institusi lain yang menjalankan khidmat ini ialah Persatuan Penterjemah Malaysia yang boleh dihubungi melalui talian 012-2067076 (Puan Saodah Abdullah - setiausaha kehormat) atau 012-22811814 (Puan Suzana - setiausaha kerja). Institusi lain yang menjalankan aktiviti yang sama ialah Institut Terjemahan Negara. | Lain-lain | 09.06.2010 |
bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan penterjemahan bagi penerbitan brosur, buku, majalah dan terbitan lain institusi saya. Sekiranya boleh, berapa anggaran kos dan masa yang diperlukan. terima kasih. | Sila hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) untuk mendapatkan khidmat penterjemahan. | Lain-lain | 03.02.2009 |
Saya ingin membuat punulisan penterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Adakah mana-mana prosedur yang perlu saya ikuti? Adakah saya perlu rujuk ke Persatuan Penterjemahan Malaysia? | Sila hubungi institusi berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 27.04.2010 |
Kalau bandar atau institusi, diasaskan atau ditubuhkan? | Berikut disenaraikan makna yang berkaitan: i. Diasaskan: a. Memulakan penubuhan sesuatu organisasi, pertubuhan dan sebagainya; b. Menjadi asas kepada sesuatu. ii. Ditubuhkan: a. Mewujudkan atau membentuk jawatankuasa, persatuan, syarikat dan sebagainya; b. Membina atau mendirikan bangunan, rumah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soalan yang diberikan kurang jelas kerana penggunaan sesuatu perkataan perlu dilihat berdasarkan ayat lengkap bagi melihat konteks penggunaan yang betul, contohnya: “Bandar yang diasaskan pada 1990 itu, kini mempunyai lebih daripada 125,000 orang penduduk.” “Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1981.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 140 dan 2411-2412. | Makna | 11.07.2025 |
apakah maksud perniagaan dari badan-badan tertentu, perbezaan usahawan dan peniaga, penerangan tentang jenis-jenis perniagaan, contoh artikel. jurnal serta kajian mengenai penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan. | Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Bagi maklumat berhubung dengan jenis perniagaan dan sebagainya, sila rujuk perpustakaan negara, institusi pengajian tinggi, persatuan perniagaan dan Kementerian Kewangan (Bank Negara Malaysia). | Makna | 13.02.2007 |
Fakhrul Abd Rahman Aug 25th, 11:21pm Assalamualaikum. Di sini saya ingin bertanyakan satu soalan walaupun saya sendiri tidak pasti jika ini tempat yang sesuai bagi pertanyaan ini. Saya sedia maklum bahawa terdapat beberapa program bagi melibatkan murid-murid sekolah dalam aktiviti bahasa dan kesusasteraan seperti perkampungan penulis misalnya. Akan tetapi bagi golongan seperti saya ini iaitu golongan yang baru sahaja keluar dari institusi pendidikan dan memasuki alam pekerjaan, saya dapati tiada saluran yang boleh membawa saya hampir kepada aktiviti-aktiviti bahasa ini. Saya amat hargai sekiranya tuan dapat menunjukkan jika ada apa-apa saluran berbentuk persatuan atau aktiviti yang boleh saya sertai. Saya dahului kesediaan tuan membaca pesanan ini dengan sejambangan terima kasih. | Waalaikumsalam WM WBT. Saudara boleh mengikuti kursus penulisan yang dianjurkan oleh Akademi DBP (boleh melayari laman web DBP). Selain itu, Saudara boleh menghubungi Persatuan Penulis Nasional (PENA) melalui e-mel penamalaysia@gmail.com atau talian telefon 03-21425824. | Lain-lain | 25.08.2014 |
Salam, Pada makluman saudara/saudari, konteks situasi saya sekarang adalah; saya sedang melakukan kerja terjemahan sebagai seorang "intern" di university saya. Secara spesifik, kerja terjemahan ini adalah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Dokumen tugasan bernama "A Toolkit on the Responsibility to Protect". Jadi di sini, saya cuma ingin mendapat pengesahan ataupun "review" daripada sesebuah institusi ataupun individu yang berkuasa rasmi. Soalan saya adalah, adakah DBP menyediakan khidmat terjemahan yang panjang? Jikalau tiada bolehkah saya sekurang-kurangnya hantar "draft" yang berkemuakan 10 halaman terjemahan saya? Apakah nasihat saudara? Terima kasih. Salam, Nazmi | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Tatabahasa | 14.12.2015 |
Apakah perbezaan materai dan meterai? Serta perkataan manakah yang boleh digunakan bagi konteks sihir/magik? Sebagai contoh ayat: The seal was broken by the witch! Contoh terjemahannya: Meterai/Materai tersebut telah dipecahkan oleh ahli sihir itu! | Perbezaan materai dan meterai adalah sebagai variasi ejaan. Ejaan yang baku ialah METERAI. Panduan penterjemahan boleh dirujuk dengan institusi yang menawarkan khidmat terjemahan, iaitu dengan menghubungi: i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com atau ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my | Istilah | 20.06.2025 |