saya nak tanya apakah perbezaan perkataan sekitaran dan persekitaran? (jika boleh sila berikan contoh ayat) terima kasih. | Maksud Persekitaran: kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: Ayat: Tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya. Maksud Sekitaran: keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dan sebagainya yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu) Ayat: 1. Kita tidak dapat mengelakkan daripada menimbangkan aspek bahasa seperti sekitaran dan latar belakang bahasa murid. 2. Sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada keturunan dan suasana sekitaran keluarganya; | Makna | 11.03.2014 |
saya nama chenurisa ceh-soh pelajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna persekitaran terima kasih. | Menurut data kami, maksud persekitaran ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dapat menyesuaikan diri dengan ~ yang sejuk. Untuk maklumat lanjut, sila layari persekitaran">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=persekitaran | Makna | 07.11.2015 |
Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar. Adakah klausa " anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar" dalam ayat di atas boleh dikelaskan sebagai klausa keterangan ? | Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa utama, manakala kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa tak bebas. Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga mengklasifikasikan klausa kepada klausa bebas dan klausa tak bebas. Sila rujuk halaman 434 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 23.02.2018 |
Apakah perbezaan antara alam sekitar dengan persekitaran? Terima kasih. | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling, manakala Persekitaran pula ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitar. | Makna | 26.09.2018 |
Salam, sebuah syarikat kawalan serangga meletakan hanya perkataan "PERKHIDMATAN PERSEKITARAN" pada papan iklan miliknya. Terdapat kejanggalan pada ayat tersebut. Pohon pihak tuan dapat memberikan pandangan dan cadangan. TK | Jenis perkhidmatan harus dimuatkan antara Perkhidmatan dan Persekitaran, cadangan kami yang sesuai ialah Perkhidmatan Kawalan Racun Serangga. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Mohon bertanya. Apakah maksud terarium? Memang wujud perkataan ini atau tidak? Terima kasih. | Terarium ialah nama bagi bekas lut sinar yang digunakan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan kecil atau haiwan darat yang kecil. Terarium mewujudkan persekitaran sehampir mungkin dengan persekitaran atau habitat semula jadi. Manusia menghasilkan terarium dalam bekas kaca atau plastik pelbagai saiz dan bentuk. Bekas ini biasanya ditutup untuk mencegah kehilangan lembapan. Perkataan terarium berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bumi. | Makna | 15.10.2014 |
Apakah perkataan yang sesuai utk "customised" seperti dalam frasa "...a more customised learning environment..." ? Bolehkah frasa Bahasa Inggers ini diterjemah menjadi "...persekitaran pembelajaran yang lebih tersuai..."? | Frasa ... a more customised learning environment ... boleh diterjemahkan kepada ... persekitaran pembelajaran yang lebih tersuai ... | Lain-lain | 28.10.2019 |
Kindly help to confirm the follow sentence whether in correct manners for Bahasa Malaysia. - To dehumidify the environment - Untuk menyahlembapkan persekitaran Thank You | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan to dehumidify the environment - untuk menyahlembapkan persekitaran | Penyemakan dan penterjemahan | 15.02.2016 |
slm. Boleh tuan/puan semak ayat di bawah betul atau tidak. Burung hantu boleh memlaingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. ke[ala burung hantu mampu berpusing dalam 270 darjah. Jadi, dengan mudah burung hantu melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya. | Ayat yang betul ialah burung hantu boleh memalingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. Kepada burung hantu mampu berpaling dalam 270 darjah. Sehubungan dengan itu, burung hantu mudah melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya. | Lain-lain | 05.12.2018 |
Saya sedang membuat Ph.D bertajuk `Peranan Religiositi dan Persekitaran Sosial Terhadap Resiliensi di Tempat Kerja' dalam Bahasa Melayu. Disemak tidak wujud istilah religiositi dan resiliensi dalam carian online DBP. Beberapa bacaan dalam penulisan akademik di Malaysia dan Indonesia, ada digunakan istilah `religiositi' dan `resiliensi'. Mohon pengesahan tuan/puan mengenai penggunaan istilah berkenaan, apakah boleh digunakan dengan kekalkan italic? | Kami mencadangkan tajuk PHD tersebut “Peranan Ketakwaan dan Persekitaran Sosial terhadap Daya Tahan di Tempat Kerja”. Untuk makluman, “religiousity” juga membawa maksud kewarakan atau kesalihan (bidang Sosiologi), manakala “resiliency” juga bermaksud daya pemulihan atau semangat yang tidak mudah luntur. (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Istilah | 19.05.2020 |