Salam, sebuah syarikat kawalan serangga meletakan hanya perkataan "PERKHIDMATAN PERSEKITARAN" pada papan iklan miliknya. Terdapat kejanggalan pada ayat tersebut. Pohon pihak tuan dapat memberikan pandangan dan cadangan. TK | Jenis perkhidmatan harus dimuatkan antara Perkhidmatan dan Persekitaran, cadangan kami yang sesuai ialah Perkhidmatan Kawalan Racun Serangga. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Saya sedang menyiapkan tesis Master di UPM. Masalah saya ialah mengenai tajuk tesis yang dicadangkan oleh penal pemeriksa. Tajuk yang dicadangkan ialah : "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PERSEKITARAN SEKOLAH DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH" tajuk saya ialah "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DENGAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH". Oleh itu saya minta jasa tuan bagi menentukan tajuk yang manakah lebih tepat. | Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada kajian yang dijalankan. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
cara-cara mengekalkan kebersihan persekitaran di kawasan sungai,serambi atau depan rumah,belakang rumah dan kolam di tepi rumah | Khidmat Nasihat Bahasa menangani soalan yang berkaitan dengan bahasa. Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa, sila rujuk panduan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 17.01.2011 |
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. | Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030". | Tatabahasa | 18.01.2013 |
environment/environmental | alam sekitar/persekitaran | Lain-lain | 10.02.2009 |
boleh e-mailkan saya contoh karangan fakta berkaitan persekitaran bebas rokok ? | Sila rujuk bahan inji :1. Larangan merokok di sekolah :apa sumbangan kita ? Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1997 2. Kesan dan bahaya merokok Dewan Masyarakat 01/10/1998 3. Implikasi larangan merokok Abdul Ghani Awang Dewan Masyarakat 01/10/1994 4. Menghapuskan tabiat merokok Siti Khalijah Mahamud Dewan Siswa 01/01/1995 . 5.Kempen Antimerokok Ismail Restu Dewan Sastera 01/04/2004 | Lain-lain | 28.07.2007 |
Your Partner For Environment Care | Rakan Anda untuk Pemuliharaan Persekitaran Lestari | Istilah | 07.01.2011 |
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan". | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping. | Istilah | 08.06.2009 |
terjemahan untuk Built Environment ke dalam Bahasa Melayu. | dari segi terjemahan harfiah persekitaran terbina, walau bagaimanapun sdr perlu nyatakan skop dan konteks dalam penggunaan yang dicadangkan. | Makna | 03.08.2007 |
mohon beri makna dengan kata lain "PEMANGKIN" | Pemangkin ialah faktor atau persekitaran yang mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan. | Makna | 12.04.2011 |