definisi persekolahan | Persekolahan ialah perihal sekolah, iaitu perihal masa belajar di sekolah (menurut Kamus Dewan Edisi ke-4) | Makna | 16.01.2009 |
menghimbau zaman persekolahan atau mengimbau zaman persekolahan? | Yang betul ialah mengimbau zaman persekolahan. | Tatabahasa | 08.05.2009 |
MENGHADAPI TAHUN PERSEKOLAHAN | MENGHADAPI ALAM PERSEKOLAHAN | Tatabahasa | 14.12.2010 |
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih. | a) persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. penyekolahan perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan. b) perpisahan hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh. pemisahan hal atau perbuatan memisahkan: Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya. c) pertukaran perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit. penukaran perbuatan (hal) menukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Sila semak struktur ayat-ayat berikut: 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan untuk bercuti semasa hari persekolahan, ibu bapa harus membawa surat memohon cuti berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir pada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah menyerah kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti menulis nama atau melekat nama. Setiap hari Isnin, ada seorang guru bertugas di kantin B untuk murid menemukan barang-barang yang tercicir di sekolah. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan semasa hari persekolahan, ibu bapa harus mengemukakan surat memohon cuti dan berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir ke kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum, ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti ditulis nama atau dilekatkan tanda nama. Setiap hari Isnin, seorang guru bertugas di kantin B dan murid-murid boleh menyerahkan barang yang dijumpai kepada guru tersebut. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | Tatabahasa | 26.06.2011 |
apakah definisi bahasa melayu sebagai bahasa pengantar? | Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan dalam sistem persekolahan. Di Malaysia, bahasa pengantar sistem persekolahan ialah bahasa kebangsaan (bahasa Melayu). Semua perkara yang berkaitan dengan aspek pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Melayu kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, kini termasuk Sains dan Matematik. | Makna | 22.01.2007 |
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | 1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pertanyaan saya, bolehkan Majlis Tamat Persekolahan bagi Tingkatan 5 ditukarkan namanya kepada "Majlis Graduasi Tingkatan 5'? Mohon pencerahan. Terima kasih | Penggunaan ayat yang betul ialah Majlis Tamat Persekolahan Pelajar Tingkatan 5. | Tatabahasa | 07.03.2019 |
Frasa 'mengimbau kembali zaman persekolahan' sering digunakan. Persoalannya, mengimbau bermaksud memanggil(seseorang), oleh itu adakah maksudnya dikayakan supaya merangkupi maksud kiasan - 'memanggil'(mengenang) ingatan? | Frasa "mengimbau kembali zaman persekolahan" adalah betul penggunaannya. Mengikut istilah dalam bidang umum, istilah “imbau kembali” berasal daripada istilah sumbernya dalam bahasa Inggeris iaitu “throwback”. Imbau kembali membawa maksud mengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau. | Istilah | 06.05.2020 |
Saya hendak bertanya tentang format karangan catatan. Format 1 tepat atau format 2. Terima kasih. 1. 6.30 pagi Hari ini hari pertama persekolahan. 2. 6.30 pagi : Hari ini hari pertama persekolahan. | 1. Untuk mendapatkan format karangan catatan atau jenis karangan yang lain rujuk buku rujukan Bahasa Melayu. Soalan kedua tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 22.07.2011 |