Maksud bidang kerja/swasta/persendirian/sektor karajaan. | Bidang kerja bermaksud kegiatan yang diceburi atau lapangan sama ada dalam badan kerajaan, persendirian atau sektor swasta. | Makna | 28.02.2007 |
Apakah perbezaan antara 'akaun persendirian' dan 'akaun peribadi'? | Dalam buku Daftar Istilah Kewangan, istilah yang digunakan ialah akaun persendirian, tidak ada maklumat akaun peribadi dalam pangkalan data kami. | Istilah | 04.01.2017 |
Apakah terjemahan paling sesuai untuk Perkataan Privacy selain dari diterjemahkan sebagai Privasi. Adakah Persendirian ? Peribadi ? atau ? ada perkataan yang lebih sesuai atau hanya SENDIRIAN Contoh Privacy Right = HAK PRIVASI atau HAK PERIBADI atau HAK PERSENDIRIAN atau HAK BERSENDIRI ? atau HAK MENYENDIRI ? sama seperti dalam Private Limited Company diterjemah sebagai Syarikat Sendirian Berhad? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, privasi ialah keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. | Makna | 16.04.2010 |
Assalamualaikum, Tuan/Puan, Mohon bantuan bagi pengesahan penggunaan perkataan lain-lain dalam ayat ini. "Penerbitan ini membentangkan perangkaan bagi perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan."adakah betul penggunaan lain-lain ini atau perlu ubah?terima kasih. | Ayat yang betul ialah: "Penerbitan ini membentangkan perangkaan bagi perkhidmatan persendirian dan aktiviti-aktiviti lain berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan." Terima kasih. | Tatabahasa | 12.07.2017 |
Assalamu'alaikum, Saya berhasrat untuk menerbitkan sebuah antologi puisi persendirian di mana beberpa karya adalah dari karya saya sendiri yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Perlukah saya mendapatkan izin dari pihak DBP, atau mamadai dengan meletakkan rujukan 'bulan dan nama majalah' karya itu diterbitkan. Mohon pencerahan dalam hal ini, terima kasih. | Waalaikumsalam WM WBT Berkenaan hasrat tuan tersebut, perlu diletakkan rujukan bulan dan nama majalah karya itu diterbitkan. Tuan juga perlu membuat surat pemakluman kepada Bahagian Harta Intelek, DBP. Tuan boleh menghubungi pegawai bertugas untuk penjelasan lanjut, iaitu Encik Mohd. Hafizi bin Ahmad, mohdhafizi@dbp.gov.my atau Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh, noraida2@dbp.gov.my | Lain-lain | 04.04.2014 |
apakah langkah langkah yang perlu dilalui untuk menerbit sebuah buku secara persendirian? | PertamaL Penulis perlu mencari penerbit dan berbincang tentang syarat yang ditentukan oleh kedua-dua pihak. Kedua: Menyunting manuskrip sehingga bersih dan menyediakan segala bahan yang terkandung dalam manuskrip Ketiga: Menyerah bahan yang bersih dan lengkap kepada penerbit untuk di aturhuruf, baca pruf, naskhah sedia kamera, cetak dan jilid. Keempat: Serah buku terbit kepada pengedar untuk jualan atau penulis sendiri mengedar dan menjual buku yang telah terbit. Membayar segala kos yang terlibat atau membuat perjanjian dengan penerbit untuk berkongsi kos pengeluaran dan berkongsi keuntungan. | Lain-lain | 23.09.2009 |
adakah terjemahan saya betul untuk teks berikut: Independent smallholders shall demonstrate customary rights to their landholdings Pekebun kecil persendirian hendaklah menunjukkan hak adat ke atas tanah mereka. | Kami tidak pasti sama ada terjemahan ini adalah betul kerana pihak kami tidak jelas tentang konsep dan konteks ayat tersebut. Sekiranya ayat ini berkaitan dengan bidang undang-undang, terjemahannya perlu disahkan oleh orang yang arif dalam bidang tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2015 |
3. Anak .................. anugerah Allah. ialah adalah merupakan 4. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. di dari dalam 5. ............... abad ke-20 Di Pada Dalam 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. Betul Salah 7. Institut Irsyad ............. sebuah institut persendirian. ialah adalah merupakan 8. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... Betul Salah | Jawapan untuk soalan yang diberikan: 3. Anak ialah anugerah Allah 4. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi 5. Pada abad ke-20 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari - Salah 7. Institut Irsyad ialah/merupakan sebuah institut persendirian 8. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan ... Salah
| Tatabahasa | 29.10.2016 |
Salam sejahtera.Adakah auto termasuk dalam imbuhan pinjaman(awalan).Terima kasih | Auto- merupakan awalan YunaniLatin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian. Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM). | Tatabahasa | 16.02.2017 |
Assalamualaikum... Saya Pn Mazni telah mengeluarkan Buku Agama Panduan Solat dan ingin mendapatkan pengesahan tulisan jawi serta isi kandungan buku tersebut serta No Pendaftaran ISBN. Bagaimana cara dan procedure yang telah ditetapkan oleh DPB bagi pengeluar buku persendirian utk dan utk dipasarkan. Harap pihak DBP dapat memberikan maklumat yg dapat membantu sy menyelesaikan masalah ini. Perhatian dan kerjasama Pihak DBP amat dihargai dan didahului dgn ribuan terima kasih... wassalam Pn Mazni 0126606864 | Waalaikummussalam, Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat penilaian, penyuntingan dan pemasaran untuk buku yang diterbitkan oleh orang perseorangan atau pihak lain. Nombor ISBN pula dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kami cadangkan puan menghubungi pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk maklumat selanjutnya mengenai ISBN. | Lain-lain | 28.03.2011 |