Salam sejahtera. Mohon kepastian penggunaan yang betul bagi perkataan dari/daripada dalam ayat-ayat ini; Hasil dari persetujuan-persetujuan tersebut atau hasil daripada persetujuan-persetujuan tersebut | Saudara, Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, jarak dan masa atau tempoh. Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan sumber, perbandingan, asal kejadian dan manusia. Contoh penggunaan adalah seperti yang berikut: i. Saya datang dari Ipoh. ii. Dari masa ke masa mereka menerima maklumat tentang perkara tersebut. iii. Adik mendapat hadiah daripada ibu. iv. Jabatan mendapat bantuan kewangan daripada kementerian. v. Ali lebih tinggi daripad Ahmad. vi. Meja dibuat daripada kayu. Ayat yang betul ialah : Hasil daripada persetujuan tersebut. | Tatabahasa | 13.10.2010 |
1. Pelantikan Zhun Kit sebagai ketua kelas di Tingkatan 4PD telah mendapat (persetujuan) daripada semua rakan sekelasnya. Mengapakah (persetujuan) diberi sebagai kesalahan? 2. Apakah bezanya teresak-esak dengan tersedu-sedan? 3. Terdapat guru yang mengajar penggunaan "sejak" tidak boleh diikuti dengan "dari"? Betul? 4. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama. Manakah kesilapan ayat ini? - tidak perlu perkataan "berada" - di dalam kumpulan | 1. Perkataan persetujuan dalam ayat tersebut adalah tepat dari segi semantiknya. 2. Teresak-esak sama maksudnya dengan tersedu-sedu. 3. Sejak bermaksud mulai dari atau dari, oleh itu penggunaan kata dari selepas sejak menjadikan ayat tersebut lewah. Ayat yang lewah bukanlah ayat yang gramatis. 4. Ayat ini betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 13.05.2012 |
Pelantikan ketua kelas perlu mendapat persetujuan daripada semua rakan sekelas. istilah 'persetujuan' adalah salah. apakah jawapan betul untuk menggantikan istilah tersebut? terima kasih. | Apakah pilihan jawapan yang diberi? Bagi pandangan kami ayat tersebut tidak tepat dari segi praktikalnya kerana pelantikan ketua kelas lazimnya dibuat melalui undian. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
1. Sila lengkapkan “Pernyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan “Penyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih) | Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Selamat Pagi. Saya ingin mendapatkan persetujuan/perakuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Nama Bangunan/Skim Pembangunan. Saya akan berasa sukacitanya sekiranya tuan/puan dapat memberitahu tatacara mendapatkan surat tersebut.Surat ini diwajibkan oleh Jabatan Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih. | Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia. | Lain-lain | 21.11.2011 |
apakah maksud konsensus? | Makna konsensus ialah persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan (rujuk Kamus Dewan) | Makna | 25.03.2007 |
Maksud KESEPAKATAN dan huraikan maksud tersebut. | Kesepakatan bermaksud perihal sepakat dan persetujuan. Konteks kesepakatan sesuai dalam sesuatu kelompok masyarakat, rakyat sesebuah negara, ataupun kumpulan sesuatu organisasi. Contoh : kesepakatan dalam dalam membanteras kejadian jenayah di sesebuah kawasan dalam kalangan penduduk taman perumahan. | Makna | 26.02.2007 |
MAKSUD ILTIZAM | (i) KETERLIBATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN SESUATU, KOMITMEN. (ii) PENYATAAN BERUPA PERSETUJUAN (PERJANJIAN) YANG MENYEBABKAN SESEORANG (SESUATU PIHAK) TERIKAT (BERAZAM) UNTUK MELAKUKAN SESUATU. | Lain-lain | 02.12.2010 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini, penyokong dan pendokong | Penyokong ialah orang yang menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan dan sebagainya. Manakala pendukung (bukan pendokong) ialah orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya). | Makna | 06.01.2013 |
Definisi dan Maksud perkataan Piagam. | piagam membawa maksud, 1. surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah. 2. surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu dasar dan lain-lain. 3.diploma atau ijazah. | Lain-lain | 17.01.2007 |