| Tolong semak jawapan saya. ( Ayat aktif kepada Ayat pasif ) 1. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan . Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan. | | Ayat aktif: Kami sekeluarga menyambut para tetamu di luar dewan, setelah membuat segala persiapan. Ayat pasif: Para tetamu disambut di luar dewan oleh kami sekeluarga, setelah membuat segala persiapan. | | Tatabahasa | 18.05.2026 |
| Assalamualaikum wbt. tuan/puan, saya mohon bertanya.. apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan untuk ..dituliskan pada slide yang kita nak tayang montaj kepada tetamu.. gambar2 sepanjang kejadian, persiapan untuk menyediakan program berkenaan.. sebagai contoh persiapan sepanduk dll. Kalau pancarona..jika dilihat maknanya pelbagai warna..macam tak sesuai.. Terima kasih | Waalaikumussalam tuan/puan, Cadangan perkataan yang sesuai bagi menunjukkan persiapan untuk menyediakan sesuatu program ialah persiapan program. Sekian terima kasih | Tatabahasa | 12.12.2017 |
| Salam, benarkah penggunaan "justeru" dalam ayat ini "Saim akan menduduki UPSR, justeru dia membuat persiapan yang rapi." Sekian, terima kasih. | Justeru membawa dua makna, iaitu i: Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar; dan ii: malahan, bahkan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "oleh Itu". Saim akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan yang rapi. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
| saya sedang membuat esei bertajuk keberkesanan budaya senggaraan tentera darat. Apakah persiapan yang saya perlukan untuk memudahkan saya membuat esei tersebut dan apkah bahan-bahan atau isu2 yang saya boleh gunakan? terima kasih. | Saudara digalakkan membuat rujukan di Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 10.04.2010 |
| Hai saya nak tanya suku kata untuk pembelajaran budak- budak untuk perkataan ( persiapan, kuali dan ialah ) dia macam mana ya sebab bila saya tengok kat google image dengan laman web rujukan bahasa melayu ni lain yang sebelah huruf jawi tu.. Saya amat berharap sangat pihak tuan dapat balas secepatnya tujuan QC saya .. Terima kasih | Pemenggalan suku kata bagi perkataan yang berikut: 1. per.si.ap.an 2. ku.a.li 3. ia.lah | Ejaan | 10.05.2021 |
| Maha luas dalam ayat berikut perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Ia seolah menjadi pintu persiapan, bukan hanya menuju Syawal, tetapi lebih jauh, iaitu menuju Baitullah, berangkat ke pangkuan rahmat-Nya yang maha luas. | Perkataan maha dalam frasa “maha luas” dieja dengan huruf kecil. Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan sebagai satu perkataan yang utuh. Contoh lain: maha mulia, maha besar dan maha agung. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 304 - 305 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1377. | Tatabahasa | 17.11.2025 |
| YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCAR | Proses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 12.12.2007 |
| Mohon berikan takrifan dan perbezaanistilah "persediaan menghadapi peperiksaan" dan "penyediaan peperiksaan / penyediaan jawapan peperiksaan" | Persediaan bermaksud perbuatan menyediakan, persiapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang persediaan. Manakala penyediaan bermaksud perbuatan atau hal menyediakan. Daripada maksud tersebut, kedua-duanya hampir sama dan pengguna bahasa perlu bijak menggunakan perkataan mengikut konsep ayat. Frasa yang tepat ialah "persediaan menghadapi peperiksaan" dan "penyediaan jawapan peperiksaan". | Tatabahasa | 18.10.2013 |
| Tolong buatkan semakan terhadap jawapan saya dengan telitinya. Adakah kedua-dua jawapan tersebut sesuai dan tepat? Tukarkan ayat aktif kepada Ayat pasif 1. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. ATAU Surat pelantikan telah saya terima sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. 2. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan. Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan. ATAU Para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan setelah membuat segala persiapan. 3. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. ATAU Guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu selain berbuat bising. | Penggunaan ayat pasif yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 2. Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan. 3. Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga diganggu oleh pelajar-pelajar itu.
| Tatabahasa | 23.05.2026 |
| Apakah perbezaan antara perkataan di bawah? 1. Penyediaan 2. Persediaan 3. Pembelajaran 4. Pemelajaran Terima kasih. | Perbezaan maksud : 1. Penyediaan - Perbuatan atau hal menyediakan (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Contoh ayat: Perkhidmatan penyediaan makanan oleh... 2.Persediaan - Perbuatan atau hal bersedia/persiapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Contoh: Mereka membuat persediaan selama beberapa bulan untuk ke sana. 3. Pembelajaran- Lahir daripada kata dasar "ajar" yang membawa maksud proses (kegiatan) belajar. 4. Pemelajaran- Proses mempelajari (Kamus Dewan Edisi Keempat). Contoh: Taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris. | Istilah | 13.06.2014 |