Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.so.a.lan] | ڤرسوءالن

Definisi : 1. sesuatu yg dipersoalkan, masa­lah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, per­bahasan, perbincangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.so.a.lan] | ڤرسوءالن

Definisi : sesuatu yg dipersoalkan; masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang?

Walaikummussalam,

Saudara,

1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan  realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan  melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut  memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah  menentukannya berdasarkan kehendak kajian.

2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik.

sekian, terima kasih.  

Sastera26.01.2011
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Tatabahasa16.02.2012
Salam sejahtera..terlebih dahulu terima kasih atas jawapan-jawapan yang telah pihak DBP berikan terhadap persoalan-persoalan yang pernah saya kemukakan sebelum ini. Soalan saya mengenai golongan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang tidak mempunyai imbuhan. Adakah perkataan "makan" dan "minum" golongan kata kerja transitif? contohnya: i.Dia minum.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia minum air. iii. Dia minum di kantin. iii. Air diminumnya. (Adakah diminum bentuk pasif?) i.Dia makan.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia makan roti. iii. Dia makan di kafeteria. iv. Roti dimakannya. (Adakah dimakan itu pasif)Makan dan minum adalah kata kerja transitif. Ayat yang gramatis ialah 'Dia minum air' dan 'Dia makan nasi', kedua-dua ayat ini boleh dipasifkan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, diterangkan ada tiga bentuk ayat pasif, yang lazim diketahui ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 'di' dan 'ke' (lihat halaman 489). Jika ayat aktif boleh diikuti oleh keterangan, begitulah juga dengan ayat pasif, contohnya: Dia minum air di kantin (aktif) boleh diubah menjadi Air diminum olehnya di kantin (pasif), contoh yang lain Dia makan roti di kafetaria (aktif), boleh diubah menjadi Roti dimakan olehnya di kafetaria (pasif).Tatabahasa17.02.2011
Persoalan tentang penggunaan "di dalam dan dalam". Yang manakah betul.? Antara nilai yang terdapat (di dalam / dalam) petikan ialah bersopan santun.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa29.08.2011
Persoalan tentang penggunaan me...kan dan me...i (1.) Ali ( memberi / memberikan ) anak kucing makanan kegemarannya.

Penggunaan kata kerja yang betul dalam ayat tersebut ialah 'memberikan'.

Ini kerana, ayat tersebut ialah ayat aktif transitif dengan dua objek, iaitu binaan seperti yang berikut:

subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2.

Maka, ayat yang betul ialah: Ali memberikan anak kucing makanan kegemarannya.

Tatabahasa07.08.2011
PERSOALAN TENTANG PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA, ADAKAH PERKEMBANGAN ITU HANYA MERUJUK DI MALAYSIA ATAU MANA-MANA NEGARA?

Jika persoalannya ialah Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka, bermakna isu ini merujuk isu bahasa Melayu di sesebuah negara yang merdeka dan dalam konteks kita ialah negara Malaysia.

Lain-lain12.08.2008
Persoalan yg ingin saya utarakan berkaitan penerbitan. Bagaimanakah cara menerbitkan sesebuah hasil tulisan? Bolehkan DBP menerima sebarang hasil tulisan dan menerbitkannya? Adakah terbitan DBP untuk pelbagai bahasa; contohnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab? Bolehkah saya menghantar hasil tulisan kepada pihak DBP untuk menyemaknya sebelum ianya diterbitkan? Sekian, Terima kasih. JazakaLLah...DBP menerima cadangan penulisan (jika penulis baru bermula hendak menulis) dan manuskrip yang telah siap ditulis untuk diterbitkan. Jika tuan ada manuskrip yang hendak diterbitkan, tuan boleh mengemukakanya ke Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Untuk makluman tuan, DBP menerbitkan buku dalam bahasa Melayu.Lain-lain05.10.2007
Saudara, Dalam P&P di sekolah, saya telah terjumpa beberapa masalah bahasa yang perlu saya perjelaskan kepada pelajar. Malangnya, ilmu bahasa yang cetek pada pihak saya telah menemukan saya kepada jalan buntu. Saya harap pihak saudara dapat membantu saya. Jasa baik pihak saudara saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Persoalan-persoalan seperti berikut:- 1. Kita sudah biasa menggunakan frasa menjerang air, adakah kita masih menggunakan menjarang air? Adakah penyempitan makna menyebabkan kata menjarang air tidak digunakan lagi? 2. Apakah sebab pengecualian berlaku kepada perkataan 'keretapi' yang sebelum ini dieja 'kereta api' ?1. Perkataan menjarang digunakan dalam dialek Minangkabau yang bermaksud menjerang. Oleh itu, perkataan menjarang air hanya digunakan dalam kelompok teretentu. Dalam konteks rasmi perkataan menjerang air yang digunakan kerana perkataan menjerang itu tepat dari segi semantik dan lebih difahami umum.  
2. Ejaan yang betul ialah kereta api kecuali nama khas Keretapi Tanah Melayu Berhad. Kekecualian ialah sebahagian daripada unsur bahasa, namun jumlahnya tidaklah besar. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.
Tatabahasa19.03.2012
Assalamualaikum.. Persoalan saya; 1.Mengapakah suatu ayat itu dikatakan tidak gramatis? 2.Bagaimanakah untuk membezakan ayat lengkap dengan ayat yang tidak gramatis, beserta contohnya. terima kasih.Ayat yang gramatis merupakan ayat yang betul mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat dan lengkap.

Contoh:

Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit.

Ayat tersebut tidak gramatis kerana penggunaan kata penghubung ayat yang tidak tepat. Ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.
Tatabahasa06.07.2013
Tentang persoalan penggunaan kata "antara". Yang manakah betul? Antara (murid-murid / murid ) di kelas 6 Bestari, Shela yang paling rajin.Ayat yang betul ialah 'Antara murid di Kelas 6 Bestari, Sheila yang paling rajin.'  Kata sendi nama antara biasanya dikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.Tatabahasa13.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas