| Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya nak bertanya mengenai maksud bagi tiga perkataan 1) Mover - person/thing moves 2) Loader - person/thing that loads/unloads 3) Recapsulation of hair | 1. Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan mengikut konteks yang diberikan ialah: 1) Mover (person/thing moves) - Pemindah/Penggerak 2) Loader (person/thing that loads/unloads) - Pemuat 2. Mohon berikan contoh perkataan "Recapsulation of hair" dalam ayat supaya pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.
| Makna | 07.03.2021 |
| contact person in Bahasa Malaysia? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah orang hubungan. | Istilah | 13.11.2008 |
| Salam tuan, Apakah padanan yang bersesuaian untuk perkataan "surgical dressing" dalam konteks ayat seperti yang berikut: “harbour” includes supplying a person with shelter, food, drink, money or clothes; or, except by a person employed in a Government hospital, medicines, bandages, surgical dressings or any other form of aid to a person wounded; or arms, ammunition or means of conveyance, or assisting a person in any way to evade apprehension;" | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah surgical dressing ialah balutan pembedahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.06.2025 |
| Salam sejahtera, Adakah "golongan utama" boleh digunakan bagi terjemahan "key persons"? Jika tidak, boleh berikan pendapat anda? Mohon pendapat dan bantuan DBP. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang golongan utama atau key person dalam pangkalan data kami. Dalam frasa non-formal key person, key person diterjemahkan kepada tokoh penting. Kami berpandangan dalam bidang penterjemahan, penterjemah lebih memahami dan dapat menghasilkan terjemahan yang ltepat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak penggunaan sesuatu kata dari aspek binaan kata terjemahan tersebut ke dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2015 |
| Saya ingin mengetahui maksud sebenar' person hood' dalam mengaitkannya dengan konsep privasi. Jawapan ini diperlukan bagi melengkapkan penyelidikan saya berkaitan privasi dalam perundangan negara Malaysia. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "person hood" dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 19.04.2013 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "penciller" seperti dalam konteks di bawah: “bookmaker” means any person who— (i) whether on his own account or as penciller, runner, servant or agent for any other person, receives or negotiates bets or wagers, whether on a cash or credit basis and whether for money or money’s worth; Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: penciller - pensiler Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 27.05.2021 |
| Definisi 'virgin' dalam Kamus DBP ialah n person esp a woman who has never had sex, (anak) dara. Bolehkah perkataan dara digunakan menterjemah virgin untuk lelaki? Adakah perkataan ini khusus untuk perempuan? | Berdasarkan takrif yang diberikan iaitu "person esp a woman who has never had sex", perkataan esp menunjukkan bahawa subjeknya tidaklah mutlak kepada perempuan sahaja. Ini merupakan dapatan daripada data korpus bahasa Inggeris pada ketika itu. Dara atau anak dara dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada perempuan. Kata dara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) diolah seperti berikut: dara دارا 1 adj 1 (bkn perempuan) belum pernah melakukan persetubuhan dgn lelaki: Pengesahan doktor bahawa ia masih dara boleh digunakan utk melepaskannya drp tuduhan zina. Walau bagaimanapun, jika korpus bahasa Inggeris ada menunjukkan subjeknya ialah lelaki, maka cadangan padanannya ialah teruna berdasarkan takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merujuk kepada makna yang sama, iaitu: teruna ترونا adj 1 (bkn lelaki) belum pernah melakukan persetubuhan dgn perempuan: Memang agak sukar utk mengetahui sama ada calon suami anda masih teruna atau tidak. | Lain-lain | 09.06.2021 |
| Mohon bantuan untuk perkataan 'salient beliefs' dalam BM. Contoh ayat : An attitude toward a behavior is recognized as a person’s positive or negative evaluation of a relevant behavior and is composed of a person’s salient beliefs regarding the perceived outcomes of performing a behavior. Terima kasih | "Salient beliefs" mengikut contoh yang diberikan dalam padanan ayat ialah ciri-ciri yang menonjol pada seseorang. Namun perkara ini bergantung kepada bidang yang hendak disampaikan dalam sesuatu ayat mengikut kepakaran masing-masing. Terima kasih. | Makna | 12.07.2017 |
| Apakah perkataan atau istilah yang sesuai bagi: 1) focal person 2) revise – Tujuan utama ialah untuk mendapatkan konsultan yang mempunyai pengalaman dalam revising pakej kurikulum. | Kedua-dua pertanyaan yang dikemukakan dijawab dalam konteks penggunaan umum, bukan istilah mengikut bidang. Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan focal person ialah orang tumpuan. Padanan revise ialah 1. Menyemak. 2. Mengulang kaji. 3. Mengubah. Kesesuaian padanan bergantung pada konteks penggunaan. | Makna | 03.10.2018 |
| Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah "person of interest" dalam undang-undang? | Terjemahannay ialah Individu yang Berkepentingan. | Istilah | 20.12.2018 |