salam, saya ibgin bertanya tentang panduan mengklafikasikan ayat dalam ulasan cerpen. Saya amat keliru mengenai ayat-ayat yang terdapat di dalam sebuah cerpen, Contoh ayat; Sang mentari mula mengambil tugas sang rembulan. Adakah perkataan 'mengambil alih ' boleh dianggap personafikasi? 1. Apakah yang dimaksudkan' keberkesanan stalistik'. Boleh jelaskan secara terperinci.Tterima kasih | 1. Personafikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau benda-benda yang abstrak. Perkataan mengambil alih bukanlah personafiaksi dalam konteks ayat tersebut. 2. Tidak ada maklumat tentang keberkesanan stalistik dalam pangkalan data kami. | Sastera | 02.08.2013 |
BERIKAN JENIS GAYA BAHASA SERTA MAKSUDNYA? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 440, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi, simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain Personafikasi - memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak. Simile - unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunkaan perkataan seperti, umpama, bak , dan laksana untuk menunjukkan perbandingan. Metafora - perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya. Alitrasi - pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak. hiperbola - sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudari dalam hal ini. Terima kasih | Lain-lain | 08.01.2009 |
berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai tak diletakkan sebagai gaya bahasa personifikasi? Jika tidak sesuai, boleh tak berikan cadangan. terima kasih. | Frasa "Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" tidak menunjukkan ciri-ciri personafikasi yang lazimnya digunakan dalam karya kreatif. Frasa tersebut hanyalah ungkapan umum yang dipopularkan oleh media. | Lain-lain | 28.09.2012 |